Zakir Naik Turut Dilarang Beri Ceramah Online


Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah di semua medium, termasuk media sosial, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai.

“Satu arahan dikeluarkan polis yang melarang Zakir memberikan ceramah selanjutnya selepas episod di Kelantan baru-baru ini, yang bertujuan untuk memberikan waktu kepada kami untuk melengkapkan siasatan berhubung laporan pihak yang berkaitan dengan episod ceramah itu.

“Apabila keluarnya arahan ini, semua ketua polis negeri akan bertanggungjawab menasihati pihak yang mempunyai perancangan, bagi menjemput Zakir untuk beri ceramah terbuka, supaya menolaknya,” katanya kepada Bernama.

Hamid berkata ceramah Zakir di Kelantan menimbulkan keresahan dan kekeliruan pelbagai pihak, dan pihaknya meminta diberi masa untuk menyiasat perkara itu.

“Kami akan dapatkan fakta-fakta yang sebenarnya, apa yang berlaku dalam kes berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, arahan yang dikeluarkan bertujuan bagi mententeramkan keadaan dan hanya bersifat sementara.

“Itu adalah arahan yang memang adil untuk mententeramkan keadaan, ia hanya bersifat sementara dan jika keadaan masih lagi berserabut, arahan tersebut akan kekal.

“Ia jelas kita tidak mahu forum ceramah agama ini diselitkan dengan isu berkaitan dengan politik. Amat tidak sesuai sekali dalam ceramah agama yang membabitkan isu politik, baik dalam negeri mahupun luar negara,” katanya.

Hamid berkata dengan arahan yang dikeluarkan itu, polis berharap tidak timbul isu bantahan sehingga keputusan muktamad diperolehi.

“Berhubung kes ini, saya tidak mahu mengatakan pihak sana salah pihak sini betul (menuding jari) sebab beberapa tindakan diambil oleh kedua-dua pihak…oleh Zakir dan juga pihak yang tidak berpuas hati dengan kandungan ceramah beliau,” katanya.

Jumaat lepas, Zakir yang mendapat status pemastautin tetap di Malaysia diambil keterangan buat kali pertama di Bukit Aman selama 5 jam. Semalam, Zakir memberikan keterangan buat kali kedua kepada polis selama 10 jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sehingga lewat malam.

Penceramah dari India itu dikatakan membuat kenyataan kontroversi terhadap masyarakat Hindu dan Cina di Malaysia semasa ceramah di Kota Bharu pada 3 Ogos lalu dan ini mencetuskan desakan supaya beliau dihantar pulang ke India.

Khamis lepas polis menerima 115 laporan terhadap Zakir mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Zakir dikehendaki oleh pihak berkuasa India sejak 2016 kerana didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme melalui ucapan berbaur kebencian.

Ditanya mengenai kemungkinan Zakir akan dipanggil semula untuk memberi keterangan lanjut, Hamid berkata: “Setakat ini belum, cukup memadai dengan keterangan yang diberikan sebelum ini. Polis juga mempertimbangkan jawapan yang disoal oleh pegawai penyiasat bahawa beliau menafikan mempunyai agenda atau mahu mencetuskan hura-hara”

Hamid menggesa supaya arahan polis yang melarang mana-mana pihak membenarkan penceramah bebas itu daripada mengadakan sebarang ceramah di mana-mana negeri supaya dihormati.

“Saya menyeru semua pihak untuk akur kepada arahan polis kerana untuk menentukan keselamatan, keharmonian dan keamanan dalam negara ini pihak polis memikul tanggungjawab yang amat berat.

“Polis membuat keputusan tersebut dengan fakta-fakta dan bukan kita buat secara semborono sahaja mahupun untuk mengikut telunjuk sesiapa pun,” katanya.

Katanya beliau memberi ruang yang secukupnya kepada pegawainya untuk mengambil tindakan dan tidak ada jangka masa yang ditetapkan.

“Jadi tidak ada tempoh masa yang saya kenakan, semua siasatan pada hakikatnya mesti dilakukan dengan tertib serta mengikut prosedur.

Sudah pasti kita hendak sesuatu itu berjalan dengan cepat,” katanya.

Ditanya sama ada pihak berkuasa India ada membuat sebarang permohonan bagi menyerahkan Zakir kepada mereka, Hamid berkata tiada sebarang permintaan daripada pihak berkuasa negara itu dan pihaknya juga belum mengetahui fakta tentang kesalahan serta perkara yang berkaitan dengan Zakir dan apa yang berlaku di India lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
August 21, 2019 at 1:09 PM delete

Dia manusia teristimewa..otak mcm komputer.Kena hargai dia selagi dia masih ada.Dia ahli akademi..mberi tahu maklumat detail mengenai agama.Dia hanya mbandingkan..individu yg nilaikan.Jika mlsia hantar pulang..satu kerugian besar utk kata semua.

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2019 at 5:37 PM delete

Dato' Yusof Mufti N9: .:

sempena Himpunan Perpaduan Umah #HPU914


TEWASKAN MEREKA

CINA DAP dan INDIA HINDRAF


"J A N G A N L A K U K A N"

❌ SERANGAN BERSENJATA
❌ RUSUHAN KAUM
❌ TUNJUK PERASAAN
❌ PERHIMPUNAN AMAN
❌ BANTAHAN
❌ KECAMAN
❌ MAKI HAMUN
❌ PROVOKASI PERKAUMAN

"J A N G A N L A K U K A N"


.....T A P I...!!


1. BELI PRODUK MUSLIM SAHAJA
(jika tak boleh semua, mulakan dengan produk makanan dahulu)

2. TURUT SERTA BERKEMPEN DENGAN
SEBARKAN SEBERAPA BANYAK YANG
BOLEH.

3. MINTA BANTUAN ANAK MUDA MUSLIM
DALAM KEMPEN INI.


Dalam tempoh 3 BULAN, in shaa Allah,

KESOMBONGAN

CINA DAP
dan
INDIA HINDRAF

akan dapat ditundukkan...
tanpa ketegangan kaum...
tanpa rusuhan...
tanpa pertumpahan darah...


Lemah NAFSU...
kerana BOIKOT PERUT

Lemah CINA DAP
kerana BOIKOT EKONOMI

Lemah INDIA ..
kerana BOIKOT EKONOMI


Y A K I N L A H


Kembalikan Maruah

MUSLIM MALAYSIA


#HPU914sebarkan

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2019 at 9:36 PM delete

Kata semburit

Seruan yang jadi bukti Kerajaan Malaysia dan semua parti Melayu yang ada gagal jaga ekonomi. Parti Melayu dan Parti tunggang agama hanya jaga cukong balak, arak dan judi.

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2019 at 9:44 PM delete

Kata pujangga

Video tulen tapi pelaku gagal dikecam. Kalau kentut beri laluan.
Kalau muka parut beri perlindungan.
Kalau mulut carut beri jawatan.
Falsafah politik Madey not just cash is king.

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2019 at 10:26 PM delete

Walau sehebat mana pun Zakir, dia tak dapat berpisah dengan masyarakat kaum India. Dengan ada nya kaum India baru lah Zakir boleh bernafas.

Sekarang Zakir di larang menguna kan apa cara pun untuk berdakwah... Bawak lah dia tinggal du Kelantan... Tak sampai 6 bulan dia akan cari tempat yang ramai masyarakat India.

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2019 at 10:48 PM delete

Apakah tidak ada pendakwah atau pertubuhan Islam yang mempertahankan Zakir dan menuntut keselamatan Zakir di jamin.

Kerajaan India lebih selamat membiarkan Zakir berada di Malaysia kerana jika Zakir naik di dakwa dan di hukum di India pasti berlaku huru-hara.

Kerajaan India mungkin mendesak Zakir di serahkan untuk mendapatkan duit seperti 1MDB.

itu lah silap nya Zakir kerana asyik mebandingkan agama sedang kan dalam tempoh larangan Dia lebih memerlukan kekuatan iman iaitu ilmu kekuatan Iman .

Mudah-mudahan selepas ini Zakir berceramah tentang iman dan takwa..

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2019 at 10:49 PM delete

Apakah tidak ada pendakwah atau pertubuhan Islam yang mempertahankan Zakir dan menuntut keselamatan Zakir di jamin.

Di INDIA..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive