Tiada Bukti Kerajaan PH Amal Liberalisasi Agama


Kebelakangan ini NGO-NGO pro pembangkang melabelkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) diresapi agenda liberalisasi agama dan kristianinasi.

Agenda liberalisasi agama merujuk kepada membenarkan amalan LGBT (lesbian, gay, bi-seksual dan transgander) manakala kristianisasi pula merujuk gerakan dalam DAP yang kononnya mahu melemahkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Bagi Pengerusi Akademik Saudara Research Centre, Wan Ji Wan Hussin, tidak ada bukti kerajaan PH mengamalkan kedua-dua unsur itu dalam setahun tiga bulan mentadbir Putrajaya.

Katanya, hal tersebut lebih kepada persepsi liar yang sengaja dicipta pihak musuh untuk memecahbelahkan masyarakat. Menurut Wan Ji kedudukan agama Islam dan dakwahnya cukup terjaga di bawah PH, mustahil rakyat boleh diresapi dengan mudah oleh dakwah agama lain.

“Dakwaan itu tidak logik sebab orang Kristian di Malaysia terlalu minoriti. Takkan lemah sangat agama Islam ini sehingga muslim majoriti boleh tergugat dengan penganut Kristian yang sedikit.

“(Agenda itu) kita lihat ibarat berniaga (mengiklan produk). Mereka perlu produk untuk dijual. Produk mereka adalah propaganda kononnya Melayu tergugat dengan adanya Kristianisasi,” katanya dipetik Suara Keadilan.

Menurut Wan Ji lagi, dakwaan NGO-NGO pro pembangkang itu bukan sekadar cubaan bermain politik tetapi cuba mencetuskan suasana yang tidak stabil kepada keharmonian negara.

“Saya lihat ini mencipta suasana tidak selesa sesama warganegara Malaysia dan mewujudkan hubungan tidak baik antara muslim serta non-muslim.

“Mereka sebenarnya bukan mahu bawa mesej keamanan yang dibawa oleh Islam, tetapi menggunakan nama agama demi menutup agenda merosakkan hubungan sesama warganegara,” katanya.

Wan Ji turut mempersoalkan NGO-NGO yang membela Islam itu sebelum ini pernah secara terang-terangan menyokong rejim BN yang terpalit perilaku rasuah serta penyelewengan besar-besaran.

“Sudah pasti itu (korupsi) tidak akan berlaku pada kerajaan PH. (Sebelum ini) mereka boleh duduk di bawah ‘perompak’ atau mereka ini terlalu naif dalam memahami ajaran Islam sendiri,” katanya. – RF8 Media

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive