Syed Saddiq Bodoh Sombong Zaid Kata?


Datuk Zaid Ibrahim mengecam Menteri Belia dan Sukan yang melabel kumpulan yang membantah pembelajaran jawi sebagai “bodoh sombong”.

Bekas menteri berkata individu yang bodoh sombong sebenarnya bukan mereka tetapi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sendiri.

“Syed Saddiq tidak berada dalam (Kementerian) Pendidikan, tetapi dia jadi jawi ‘man’ (orang). Dia tidak berada dalam (Kementerian) Pengangkutan tapi jadi suara kepada GoJek,” tulis anggota DAP di Twitter.

“Dia juga tidak berada dalam hal ehwal agama, namun jadi pembela Zakir Naik. Jika itu bukan bodoh sombong, saya tidak tahu apakah dia namanya.”

Syed Saddiq hari ini melabel Pasukan Bertindak Seni Khat (Sekat) sebagai bodoh sombong ekoran ugutan kumpulan itu untuk tidak menghantar anak ke sekolah kerana membantah pembelajaran jawi.

Sekat membuat desakan itu bagi memohon kerajaan mengadakan perbincangan terlebih dulu dengan mereka berkaitan pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular lapor MMO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive