Rakyat Dah Meluat Isu Siapa Ganti PM


Kenyataan berulang kali berkaitan isu tempoh jawatan Perdana Menteri hanya akan membuatkan rakyat berasa ‘meluat’, demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, fokus sekarang sepatutnya bertumpu kepada usaha kerajaan dalam menunaikan kewajipan dan memberikan ruang secukupnya bagi kerajaan menjalankan kerja-kerja untuk rakyat.

Setiap keputusan yang dicapai secara persepakatan oleh kepimpinan semua parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum yang lepas adalah sudah memadai untuk menguruskan perkara itu (tempoh jawatan Perdana Menteri).

“Tidak guna cakap perkara yang sudah setuju dalam formula sebelum pilihan raya umum dulu, kalau isu ini diulang tak sesuai kesannya pada rakyat.

“Beri ruang kepada kerajaan dan Perdana Menteri, sesuai dengan mandat dan sokongan majoriti kepada PH untuk selesaikan tugas sebagai kerajaan, kerja kita sangat banyak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti mengenai peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya.

Beliau berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan berkaitan isu berkenaan setiap hari juga bukanlah sesuatu yang produktif sebaliknya semua pihak perlu lebih kerap turun padang dan fokus kepada rakyat.

Katanya, mereka yang sering memberi komen berhubung isu itu juga sebenarnya adalah orang luar dan bukan dalam kalangan mereka yang duduk dalam ‘kelambu’ PH lapor MMO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Anonymous
August 5, 2019 at 11:22 AM delete

Buang masa kumpul tandatangan sokongan pada Brader Anwar Bin Ibrahim.

Hari ini Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha menyifatkan tindakan untuk mengumpulkan tanda tangan pemimpin parti di peringkat bahagian di seluruh negara bagi menyokong kepemimpinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai membuang masa.

Ini kerana menurutnya, jawatan Presiden parti yang dipegang Anwar adalah merupakan hasil kemenangan tanpa bertanding dalam pemilihan parti lepas.

“Perbuatan mengambil tanda tangan tidak menyatukan, malah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya yang dipetik menerusi laporan portal berita Free Malaysia Today.

DI SULAM SULAM KATANYA MELIHAT
DISELAK SELAK KATANYA MENJADI
KU TENUNG TENUNG RASANYA MENDAPAT
KESIAN BRADER KITA KEMPUNANLAH LAGI


INI GAME SI LIDAH BERCABANG
MUKA TEBAL TELINGA PEKAK BADAK
TAKKAN DIBERI WALAU DAH CADANG
BAIK KO LANGGAR DENGAN PENYEPAK

akibat bahana karma fitnah makan diri balik, perang kunyit sesama sendiri makin panazzz...!!


#popcorntambahdantepukkkkk

miajalipahJR

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive