Demi Tuhan Aku Bersaksi : Ini Penjelasan RTM


KONTROVERSI membabitkan drama Demi Tuhan Aku Bersaksi yang didakwa seolah-olah menyindir dan memperlekeh institusi sekolah tahfiz hangat diperdebatkan sejak minggu lalu.

Biarpun drama arahan Eyra Rahman itu masih belum ditayangkan, namun banyak pihak mempertikaikan 'keterbukaan' Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku stesen penyiaran drama berkenaan.

Tidak berdiam diri, wakil RTM yang juga Pegawai Perhubungan Media RTM, Nurhaninah Ayub, tampil memberikan penjelasan yang turut diulang siar oleh penerbit, Prokuya Studios sebentar tadi.

Jelas Nurhaninah, isi kandungan drama tersebut tiada niat memaparkan sisi negatif pusat tahfiz, sebaliknya sarat mesej berguna yang boleh dijadikan pengajaran oleh masyarakat.

“Drama ini sarat dengan mesej yang bagus dan memberitahu kepada masyarakat isu realiti memang berlaku dalam masyarakat kita.

“Sebenarnya ia terpulang kepada individu yang akan menonton drama ini. Kalau mereka memandang mesej yang disampaikan secara positif, maka ia menjadi pengajaran.

“Andai kata sebaliknya berlaku, rugilah mereka kerana mesej yang berguna dianggap negatif,” katanya seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Drama yang menampilkan Syafie Naswip sebagai pelakon utama itu mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama.

Dalam drama tersebut watak maknyah yang dilakonkan oleh Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun, ketika di pusat tahfiz, dia dihina dan dikeji sebagai pengikut Kaum Luth.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/41500/HIBURAN/Kontroversi-drama-RTM-beri-penjelasan © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive