Anwar PM Jangka Pendek Jika....


Seorang penganalisis politik menjangkakan Presiden PKR Anwar Ibrahim akan berdepan masalah dalam memegang jawatan sebagai perdana menteri sekiranya Dr Mahathir Mohamad menunggu terlalu lama sebelum menyerahkan kuasa kepada beliau.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, Anwar memerlukan masa untuk memperkuatkan Pakatan Harapan (PH) dan pentadbiran Putrajaya dengan penyokongnya, dan ia mungkin terlalu lewat sekiranya beliau menjadi perdana menteri terlalu dekat dengan pilihan raya umum ke-15.

“Beliau mungkin tidak cukup masa untuk melakukan perkara yang beliau mahu dan perlu lakukan bagi menghasilkan natijah yang sama seperti dilakukan oleh Mahathir selepas pilihan raya umum ke-14,” katanya.

“Peluang beliau untuk kekal sebagai PM sangat nipis.”

Beliau berkata, Anwar perlu menggesa ditetapkan tarikh khusus untuk diberikan kuasa. Jika tidak katanya, lebih ramai pemimpin PH akan menyahut gesaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, supaya Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal.

Pemerhati percaya Azmin memimpin satu kem dalam PKR yang menentang Anwar. Baru-baru ini beliau berkata, Mahathir masih diperlukan sebagai perdana menteri bagi memastikan “kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan” dalam usaha kerajaan menarik pelabur dan mencipta peluang pekerjaan.

Di bawah satu perjanjian yang dipersetujui pemimpin PH, Mahathir akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, tetapi tiada tarikh tertentu ditetapkan.

Seorang lagi penganalisis, Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia, menolak pandangan Azmi dengan berkata, Anwar tidak harus bersikap terlalu mendesak.

Katanya, Anwar membuat satu kenyataan pada Februari lepas yang menyebut bahawa beliau menjangka menjadi PM dalam tempoh tidak lebih 2 tahun.

“Hanya selepas tempoh 2 tahun itu tamat, barulah munasabah sekiranya Anwar dan pemimpin PKR lain membuat kenyataan terbuka meminta kuasa diserahkan,” katanya.

Kamarul berkata, beliau juga tidak percaya sekiranya peralihan kuasa itu berlaku terlalu dekat dengan pilihan raya umum ke-15, maka ia akan memberi kesan ke atas peluang Anwar memegang kuasa selepas itu.

“Mahathir berkata beliau mahu memulihkan masalah ekonomi dulu sebelum menyerahkan kuasa kepada Anwar,” katanya. “Jika ini berlaku, Anwar boleh memanfaatkannya.

“Jika negara masih bermasalah apabila beliau mengambil alih kuasa, maka Anwar boleh menyalahkan Mahathir. Beliau boleh membuat janji baru kepada pengundi.” lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
Anonymous
August 1, 2019 at 10:53 PM delete

Fitnah Akhir Zaman Terhadap Sahabat Nabi dan Pemimpin Islam.

Ikutilah pemimpin yang banyak panah panah fitnah menuju kepadanya.. maka ikutilah dia...!!

Saidina Usman bin Affan adalah merupakan Khalifah ke 3 Islam yang telah dijatuhkan dengan tuduhan bahawa beliau mengamalkan korupsi, kronisme dan nepotisme.

Di penghujung kuasa beliau, Saidina Usman berhadapan dengan pemberontakan. Rumah beliau dikepong dan beliau telah dinafikan haknya untuk solat jamaah di Masjid Nabi.

Bekalan air dan makanan ke rumahnya juga telah diputuskan sehingga seisi rumahnya berlapar.

Dan setelah segala macam kezaliman dilakukan terhadap beliau, akhirnya rumah beliau telah diceroboh oleh orang-orang munafik dan Saidina Usman dibunuh ketika sedang membaca Quran.

Tidak cukup dengan itu, hak beliau sebagai Khalifah ke 3 dan ahlul bait (menantu Rasulullah) telah dinafikan dengan tidak dibenarkan beliau ditanam berhampiran dengan makam Nabi.

Malah tidak juga dibenarkan untuk ditanam di Jannatul Baqi’ di mana ahli-ahli keluarga Rasulullah di tanam.

Malah musuh-musuh Saidina Usman mahu beliau ditanam di perkuburan Yahudi sebagai usaha hendak menghinakannya.

Akhirnya Saidina Usman telah ditanam di kebun kurma milik beliau sendiri yang begitu jauh dari Masjid Nabawi dan juga Jannatul Baqi’.

Proses pembesaran Masjid Nabi dan perluasan Baqi sepanjang Zaman telah akhirnya memasukkan kubur dan tanah milik Saidina Usman itu ke dalam perkuburan Baqi seperti yang boleh dilihat pada hari ini.

Bayangkan insan mulia, sahabat Rasulullah, ahlul bait dan suami kepada 2 puteri Rasulullah, antara sahabat yang telah dijamin oleh Allah dan Rasul syurga ketika masih hidup lagi dan begitu besar jasanya menginfakkan harta dan tenaga ke jalan dakwah fisabillillah, tetapi akhirnya dihina dan dinafikan penghormatan dan kemulian yang layak bagi beliau.

Jika Saidina Usman pun dianiaya dan kena seteruk ini,

Apatah lagi pemimpin biasa seperti DS Najib.

Reply
avatar
Anonymous
August 2, 2019 at 12:58 AM delete

Kah Kah Kah Yg last tu tak tahan

Reply
avatar
Anonymous
August 2, 2019 at 1:02 AM delete

Rasanya mahdey tak mampu melakukan yg terbaik buat negara. Dalam keadaan bercelaru dgn masing2 dgn ideologinya ph akan gagal sblm pru15.
Jika anwar mgambilalih dlm tempoh yg singkat dgn keadaan skrg yg tidak memihak kpd ph, maka segala kesalahan akan terletak di bahu anwar. Mahdey akan memainkan persepsi buruk trhadap anwar dgn menuduh anwar punca kegagalan ph nanti.
Adalah elok jika anwar menyerahkan kpd mahdey menguruskan negara sehingga nampak perubahan yg lebih baik berbanding skrg sblm menerima jwtn tersebut.
Sejarah lalu ketika mahdey sedar peluang bn utk menang agak tipis dia telah menyerahkan jwtn kpd pak lah di mana bn menang besar. Jika msh mahdey ketika itu tidak akan mgkin bn menang besar. Semuanya adalah berdasarkan perkembangan semasa dan desakan dlman parti agar mahdey segera melepaskan jwtn kpd pak lah.
Situasi skrg adakah anwar diterima oleh majoriti rakyat dan berjayakah mahdey mengubah keadaan buruk yg diburukkan oleh mahdey sendiri sejak menjadi pm?

Reply
avatar
August 2, 2019 at 7:23 AM delete

majoriti rakyat Malaysia tak mahu malah jijik untuk mendapat kerajaan UMNO dan PAS. Ini adalah realiti. Walau apa pun fitnah dan pembohongan yang cuba dimainkan oleh UMNO dan PAS, PH walaupun mempunyai banyak kelemahan masih merupakan pilihan yang lebih elok dan betul bagi rakyat malaysia daripada menerima semula sekumpulan penyamun2 dan sang penunggang agama untuk jadi kerajaan. Jika ditawarkan antara UMNOPAS dan PH, rakyat yang waras dan bukan kaki dedak akan mudahnya memilih PH.

PH belum pun sepenggal menjadi kerajaan maka fitnah2 dan pembohongan kononnya PH tak tepati janji dan tipu tidak masuk akal kerana PH masih belum lagi tamat tempoh pentadbirannya. Sedangkan jika kita lihat rekod UMNO dan PAS memerintah, kita dengan jelas boleh menyenaraikan berapa banyak janji2 mereka yang telah mereka mungkari, berapa banyak penipuan yang telah mereka buat serta berapa banyak penyelewengan yang telah mereka lakukan dalam masa pemerintahan mereka. UMNO pada peringkat negara dan negeri telah membawa segala macam kerosakan. PAS pula dengan rekod sebagai kerajaan negeri yang paling teruk dan paling tercorot dari segi pentadbiran, kemajuan, ketelusan dan kejujuran, walaupun mendabik dada kononnya merekalah pemimpin islam. Dakwaan memang mudah tetapi dari segi amali, PAS tidak langsung berupaya mahu pun berjaya untuk mejadi contoh pemerintahan yang bertunaskan ajaran islam malah mereka sebenarnya contoh kerajaan yang ditunjangi oleh orang2 yang tak mampu, tak berilmu malah tak berbakat untuk memimpin apatah lagi untuk mentadbir.

In the end, rakyat jika memilih antara UMNO dan PAS yang memang terbukti sebagai "incompetence and corrupt" dan PH yang baru sahaja diberikan tampuk pemerintahan, rakyat dengan mudahnya akan memilih PH. PH memang banyak kelemahan tetapi kelemahan PH hanyalah bersifat "baharu" (baru berkuasa, baru belajar mentadbir dan baru segalanya. Sedangkan kelemahan dan keburukan UMNO dan PAS pula tertumpu kepada sifat mereka yang buruk serta ketidakmampuan mereka untuk menjadi kerajaan yang jujur, telus dan berwibawa, again "incompetence and corrupt". Masih sukar memilih? I think not and I think especially in Sabah and Sarawak, they are the real "king maker" in Malaysian politik, not some tok2 lebai kaki merapu who are too stupid to be in politics that they are easily conned and used, time and time again.

Nick.
cape Tiger.

Reply
avatar
August 2, 2019 at 7:45 AM delete

Masalah utama dlm ph adalah pemimpin yg bermasalah moral yg teruk spt gay@lgbt dan dap pula adalah anti islam. Bersatu pula adalah parti minoriti dan disi keahlian yg korup dari umno.penyesalan saya hingga sekarang ialah menyokong ph pd pru 14 dan lihatlah apa yg terjadi sekarang ini....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive