Siasat Dakwaan Wan Ji Dipukul Dalam Penjara - Anwar


Warden yang memukul Ustaz Wan Ji ni mungkin berasa terlalu seronok memukulnya sebab Ustaz Wan Ji ni kecil saja orangnya..

Tapi dia terlupa.. Wan Ji memang kecil tetapi kenalan rapatnya ramai orang besar-besar sekarang ni..

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dakwaan pendakwah kontroversi, Wan Ji Wan Hussin di pukul ketika ditahan di Penjara Kajang.  
“Saya percaya Wan Ji punya wibawa untuk tidak mengada-adakan fakta.  
“Jadi wajar pihak yang berwajib (menyiasat dakwaan itu), dalam hal ini Penjara Kajang harus siasat dan saya percaya menteri dalam negeri akan ambil tindakan supaya siasatan itu dibuat,” katanya dalam sidang media di Parlimen. 
Anwar berkata demikian mengulas dakwaan Wan Ji dipukul dalam tahanan.  
Wan Ji pada Ahad mendakwa beliau dipukul oleh seorang warden penjara ketika ditahan di Penjara Kajang.  
Menceritakan pengalamannya sehari selepas dibebaskan pada 12 Julai lalu, Wanji berkata warden berkenaan memintanya menanggalkan cermin mata sebelum menumbuknya sebanyak tiga kali selepas beliau memperkenalkan diri lapor Malaysiakini

Dapat habuan la yang memukul tu kali ni..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
Anonymous
July 16, 2019 at 1:34 PM delete

Syukur la Wan Ji dah kedalam, seeloknya 5 tahun untuk kesalahan menghasut yang sangat serius. Penjara adalah tempat para peliwat, perogol, pembunuh, perompak, pengedar dadah dan tempat segala para penjenayah. Tiada yang istimewa untuk ustaz belaan DAP ini! Walaubagaimana pun eloklah berhati2 takut nanti ada yang akan jadi mangsa LIWAT. Enjoy your mee kari there sebab mee kari tiada didalam syurga?

Reply
avatar
Anonymous
July 16, 2019 at 2:14 PM delete

Hang ni mulut longkang berbau bangkai..tak ingat dosa pahala

Reply
avatar
July 16, 2019 at 3:47 PM delete

Macai2 yang merupakan makhluk2 keji yang makan harta rakyat memang suka orang2 yang bangun tegakkan keadilan dan kebenaran dihukum. Mereka ni macam askar2 Israel yang suka membunuh dan mendera rakyat Palestin yang kesalahan mereka hanyalah menegakkan keadilan dan kebenaran. Tapi macai2 UMNO BN ni lupa mereka dah kalah PRU dan mereka dah hilang kuasa, keadilan dan kebenaran akan tertegak jua.

Kejatuhan kerajaan zalim dan khianat adalah lumrah alam yang Allah SWT telah wujudkan demi untuk kesejahteraan umat manusia. Insyallah, seperti jatuhnya kerajaan zalim dan khianat UMNO BN, kerajaan zalim dan apartheid Israel juga akan jatuh. Najib dah jatuh, UMNO dan jatuh dan tak lama lagi rakan rapat Najib iaitu Netanhayu juga akan jatuh. Macai2 mereka juga akan mengelupur meraung2 dan berguling2 seperti juga macai2 UMNO dan BN. Insyallah!

Nick.
Cape Tiger.

Reply
avatar
I
July 16, 2019 at 4:58 PM delete

Mulut longkang macam hang ni agaknya memang suka tengok orang lain dalam kesusahan. Wan ji tak pernah pun mengata hang atau doakan hang dapat susah. Manusia macam apa hang ni...

Reply
avatar
I
July 16, 2019 at 5:02 PM delete

Warden tu betani kerana dianggapnya wan ji itu mangsa mudah untuk dibelasah. Memang dalam filem selalu kuta tengok perangai warden penjara yang ganas dan suka mendera banduan.... rupa2nya dna ganas ni memang ada jugak di Malaysia...

Reply
avatar
Anonymous
July 16, 2019 at 5:06 PM delete

kalau mamat ni pun dipukul mungkin ramai lagi tahanan yang dipukul tapi tak da peluang untuk ngadu

perangai burok ada dimana saja

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran.
Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi,
maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

kawan waden yang saksikan kejadian tu mana mau lari
kalaau enggan jadi saksi

Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi

Reply
avatar
Anonymous
July 16, 2019 at 6:21 PM delete

Ni mesti robot yg berkata-kata, bukannya orang.

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2019 at 5:28 PM delete

Cape tiger lagi.. ntah apa2... baik guna penjejak awan

Reply
avatar
July 21, 2019 at 1:35 PM delete

Yg mendapat layanan istimewa Dsai je..penjara adalah pusat tahanan untuk memulihkan banduan..sbb tu Warden di panggil cikgu..tugas cikgu bukan setakat menjaga makan minum banduan pemulihan adalah tugas utama..setakat kene pukul kene tengking kene maki tu biasa sbb supaya banduan menghormati cikgu undang2 Dan tidak kembali lagi ke penjara..kursus pegawai penjara pun Warden akan alami perkara yg sama di pusat latihan..didalam penjara cikgu kene keras tegas Dan garang untuk memulihkan banduan..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive