Nurul Izzah Juga Bantah Projek Tambak Laut Pulau Pinang?


Isu tambak laut ini pernah mencetuskan kemelut dalaman antara PKR dan DAP di Pulau Pinang pada tahun 2016 bilamana 5 ADUN dari PKR mengambil langkah berkecuali semasa proses pengundian usul secara belah bahagi dibuat di dalam DUN.

Usul asalnya dibawa oleh ADUN UMNO kawasan Pulau Betong ketika itu, Muhamad Farid yang mengemukakan usul supaya semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum, maklum balas awam dan Laporan Penilaian Terperinci Terhadap Alam Sekitar (DEIA).

Speaker DUN Dato' Law Choo Kiang menolak usul itu selepas 23 anggota dewan menentang, 10 menyokong dan lima berkecuali.

Mereka ialah, Dr Norlela Ariffin (Penanti), Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr. T. Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk) yang mengambil langkah 'berkecuali' daripada mengundi suatu usul pembangkang berhubung projek tebus guna tanah yang dirancang oleh Kerajaan Negeri.

Kemudiannya sekitar Februari 2016, Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang berkecuali ketika pengundian usul tersebut, ditamatkan kontrak dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng, masing-masing sebelum ini ahli lembaga pengarah Island Golf Properties Bhd (IGP), anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

Tak habis begitu saja.. Cheah Kah Peng pada November 2017, dilarang menguruskan bantuan banjir kerajaan negeri berjumlah RM700.

Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat susulan 'perubahan prosedur dalaman'.

Katanya, tugas Kah Peng akan diambil alih ADUN Pulau Tikus, Yap Soo Huey yang akan membantu menguruskan pendaftaran mangsa banjir supaya ia dapat diselesaikan dalam tempoh 10 hari.

Tindakan Guan Eng itu dibidas oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang ketika itu, Datuk Mansor Othman, katanya keputusan menarik peruntukan Kah Peng adalah tidak melalui perbincangan dan rundingan bersama parti berkenaan serta pakatan.

"Langkah ini menunjukkan mereka tidak hormat pada hak demokratik penduduk di Kebun Bunga yang mengundi Kah Peng pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Sekarang... selepas DS Anwar Ibrahim turun padang untuk mendengar sendiri rintihan nelayan di Pulau Pinang yang membantah projek tambak laut bagi pembinaan 3 pulau di selatan negeri itu, Nurul Izzah pula mempertikaikan projek tersebut..

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata Pulau Pinang tidak perlu mengikut jejak langkah negara lain dengan menjalankan projek penambakan laut seperti Hong Kong mahupun Dubai. 
Beliau berkata aktiviti itu akhirnya membawa kepada kemusnahan atau kesusahan pada keseluruhannya. 
“Saya masih tetap dengan pendirian saya bahawa pemberian pampasan pada nelayan yang terlibat dan pembinaan lebuhraya baru masih tidak mampu menyelesaikan kesesakan trafik di Pulau Pinang di samping kesan buruk pada alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Beliau juga mengharapkan kerjasama kerajaan pusat dan iltizam kerajaan negeri dalam menaik taraf pembangunan Pulau Pinang. 
“Saya yakin masih tidak terlambat untuk kita menggantikan projek penambakan mega ini dengan inisiatif yang lebih baik,” katanya. 
laporan seterusnya sila baca di SINI

Hmm... bila DS Anwar Ibrahim dan Nurul tak berapa setuju dengan projek ni.. aku harap ADUN-ADUN PKR yang dulu tu yang menyokong projek ni.. teruskanlah menyokong ya..

3 Buah Pulau yang akan dibina dalam projek ini dikatakan akan dibina perumahan untuk rakyat di atasnya.. kononnya laa..

Rakyat negara mana entahlaa.. kalau hargapun rakyat hanya mampu tengok saja..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Anonymous
July 29, 2019 at 2:46 PM delete

Kalau sokong tu bawalah famili tinggal situ. Bina penjara terus jangan bagi keluar lagi sampai bila-bila.

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2019 at 4:17 PM delete

comelnya nurul izzah.. aummm

Reply
avatar
July 29, 2019 at 11:13 PM delete

ssh nk ckp zaman sekarang

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive