Najib Mungkin Mencipta Sejarah


Saman sivil yang difailkan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan semula cukai tambahan sebanyak RM1.69 bilion mungkin merupakan jumlah terbesar yang dikenakan ke atas seorang individu di negara ini, kata seorang peguam.

“Kemungkinan ini adalah tunggakan cukai ke atas seorang individu paling besar walaupun ada syarikat yang diminta membayar hingga berbilion ringgit,” kata peguam cukai dan kastam S Saravana Kumar.

LHDN memfailkan saman itu pada 25 Jun meminta Najib membayar RM1,692,872,924.83 yang didakwa dimiliki antara 2011 dan 2017.

Saravana berkata, undang-undang percukaian di Malaysia menetapkan bahawa semua jumlah yang kena dibayar hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum individu terbabit memfailkan rayuan.

“Jika Najib gagal memfailkan rayuan terhadap taksiran ini, cukai yang dituntut menjadi muktamad dan konklusif dalam tempoh 30 hari,” katanya.

Beliau berkata, tidak jelas daripada laporan berita sama ada Najib telah memfailkan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan atau memulakan prosiding semakan kehakiman.

Katanya, individu yang terbabit dalam saman tersebut boleh memohon penangguhan prosiding terhadap penguatkuasaan ke atas aset yang dipertikaikan sekiranya semakan kehakiman telah difailkan.

Bagaimanapun katanya, rayuan tidak akan menghalang LHDN daripada meneruskan prosiding sivil terhadap seorang pembayar cukai yang belum menjelaskan cukainya. Perkara ini diperuntukkan di bawah Seksyen 103 dan 106 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pengurusan kes bagi saman terhadap Najib itu ditetapkan pada 25 Julai ini.

Laporan penuh sila baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Anonymous
July 11, 2019 at 8:09 PM delete

Anak sungai derhaka percaya ka dengan kerajaan ph caca merba yg menggunakan undang rimba ni? Kesian kat hang...p mana semua barangan yg di rampas dari rumah datuk seri najib tempoh hari? Berjuta2 hilang tak dapat dikesan,,,suka betul asd dengan cara org kafir menghina orang islam no...

Reply
avatar
July 11, 2019 at 8:28 PM delete

Kau suka bebeno dgn org yg belasah duit rakyat. Dh tu xbyr cukai. Celaka punya mantan PM. Aku tiap2 bulan kena. Dh tu tiap 2 tahun kena taksir lg. Kena byr ribu2 lagi. Mmg celaka bg yg mengelak byr cukai. Dh lh xnak byr cukai. Dibelasahnya duit rakyat. Memang celaka...

Reply
avatar
July 14, 2019 at 2:58 PM delete

Kasi hukum tembak daj kat mamat Najis ni mcm di China. Selesai kes

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive