Mansuh Akta Hasutan: Pong Pang, Pong Pang.. Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam..


Sebelum PRU14… dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat ketika itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan akan memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Anti-berita Tidak Benar 2018, sekiranya mereka menawan Putrajaya.

Pengerusi PH itu turut menyatakan ingin memansuhkan Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Dakwanya undang-undang tersebut bersifat zalim dan menindas rakyat.

“Kita juga akan memansuhkan peruntukan zalim yang terdapat dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Kesalahan Keselamatan, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015, katanya.

Setelah menang PRU14..

Pada 3hb Jun 2018, Kerajaan mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang sedia ada yang dilihat menindas rakyat di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “Jawatankuasa ini adalah seiring dengan Manifesto Pakatan Harapan yang akan menghapuskan undang-undang yang dilihat menindas rakyat.

Oktober 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Pakatan Harapan (PH) memerlukan majoriti dua pertiga sebelum dapat memansuhkan Akta Hasutan 1948 atau sebarang undang-undang lain yang melibatkan perlembagaan persekutuan. Perdana Menteri berkata, buat masa ini, Akta Hasutan 1948 masih lagi diguna pakai sebelum sebarang keputusan pemansuhan dapat dibuat di dewan rakyat kelak.

Mac 2019, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata pada dasarnya kerajaan dalam proses mempertimbangkan Akta Hasutan dengan tujuan memansuhkannya.

"Kerajaan telah memutuskan bahawa sekiranya terdapat sesiapa sahaja (disiasat) di bawah Akta Hasutan, kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk tidak menggunakan akta itu terhadap mereka yang terlibat," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Mei 2019, Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Beliau berkata kerajaan membuat keputusan pada mesyuarat Kabinet untuk memansuhkan akta itu dan kini sedang melibat pelbagai faktor bagi melaksanakannya.

9hb Julai 2019..

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak rayuan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin terhadap sabitan bersalah menghina Sultan Selangor 7 tahun lalu, lapor Sinar Harian. 
Hakim, Abdul Halim Aman turut menambah hukuman penjara 9 bulan kepada setahun kerana kata-kata menghasut dikeluarkan Wan Ji ialah penghinaan kepada Sultan Selangor. 
“…apa yang dinyatakan tertuduh ini seperti mana tertera dalam pertuduhan, saya mendapati ianya sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh. 
“Setelah menimbang faktor mitigasi dan keseriusan kes, mahkamah dengan ini meminda hukuman 9 bulan yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen kepada penjara 1 tahun dan hukuman itu berkuatkuasa hari ini,” katanya dalam ringkasan penghakiman. 
Laporan penuh sila baca di SINI

Sekejap nak mansuh.. sekejap tak mansuh.. akhirnya penyokong sendiri menjadi mangsa.. apa ni?

Mana menghilang Mat Sabu yang berjanji akan melakukan gerakan besar besaran untuk memastikan Najib mansuhkan Akta tu dulu?

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
July 9, 2019 at 8:33 PM delete

Menghina dengan menghasut lain.

Kes menghasut selalu nya berkaitan dengan hal-hal politik.

Menghina pula kerana memandang rendah dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya pada Raja atau Sultan.

Sekiranya apa yang di katakan atas isu atau hal politik itu bukan menghina. Berhati-hati lah apabila berkata-kata atau memberi komen.

Wallahhuaqlam

Reply
avatar
Anonymous
July 9, 2019 at 11:20 PM delete

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak rayuan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin terhadap sabitan bersalah menghina Sultan Selangor 7 tahun lalu, lapor Sinar Harian. Setuju dengan Anon JUly 9, 2019 at 5:33 PM. 7 tahun dulu kes ini berlaku. MENGHINA jauh bezanya dengan MENGHASUT. Anggaplah penjara sebagai resort. Kena berfikiran positif, gunakan sepenuhnya masa terluang untuk menghafal dan mentadabbur Al-Quraan dan membaca kitab2 menambah ilmu.

Reply
avatar
July 10, 2019 at 8:08 AM delete

Menghina sultan sgt lah x bermoral. Sapa saja x kira melayu, cina, india dan bumiputra. Kalau dh menghina sultan adlh layak dipenjara atau buang negara.

Reply
avatar
Anonymous
July 10, 2019 at 10:51 AM delete

Berapa ramai Sultan yang rasa di hina dan di caci? Dari dulu hingga sekarang, siapa yang pernah di penjara kerana menghina menghasut kerana kerabat Di Raja?

TMJ siap hantar hingga ke rumah individu yang hampir di dakwa kerana menghina nya.

Raja atau Sultan perlu selalu mendekati semua pemimpin politik tak kira apa latar belakang nya dan termasuk lah mereka yang lantai bersuara mengenai kedudukan Raja.

Ramai kalangan Raja dan Sultan telah mula bermesra dan berkenan bertemu dengan rakyat dan pemimpin. Agong dan Permaisuri ada lah contoh yang patut di teladani.

Tak kenal maka tak Cinta.

Reply
avatar
Anonymous
July 10, 2019 at 11:04 AM delete

SELAMAT HARI JADI ATOK FITNAH
IJAZAH PALSU EXCO MEROGOL PULAK
SEMBURIT PUN ATOK WAT HARAMJADAH
INI KERAJAAN PH MME BODOH PEKAK


KIKIKIKI... HAPI BESDAY ATOK.. 94 DAH CUKUP CUKUP LA BUAT FITNAH

SUDAH SUDAHH LA BUAT FITNAH JIJIK


HAAHHH TEPUKKKK....!!

Reply
avatar
July 14, 2019 at 10:51 AM delete

Tahniah..ko lah Antara manusia yg bengkrap amalan di akhirat kelak...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive