Isytiharkan Harta : Hadi Salahkan DAP?


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa DAP telah mempengaruhi kerajaan untuk melaksanakan undang-undang yang mewajibkan setiap Ahli Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Abdul Hadi berkata, idea pengisytiharan harta kepada orang ramai merupakan teori komunis dan sosialis, justeru beliau tidak menolak kemungkinan langkah tersebut dilaksanakan kerana dibayangi gesaan DAP.

“Kalangan sosialis ini kononnya hendak mengehadkan kekayaan, tetapi ternyata negara sosialis pemimpinnya yang paling kaya sekali.

“Kalau mengisytiharkan harta tetapi menipu, buat apa? Dalam Islam ada aspek spiritual dan hukumnya kita kena tengok kepada keadaan, ada masanya wajib, ada masanya haram dan juga sunat, bukan secara mutlak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan perkara itu kepada pemberita di kediamannya di Rusila di sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.

Menurut Abdul Hadi, mengisytiharkan harta diwajibkan kepada individu yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan dan rasuah di samping ‘penyangak’ dalam soal zakat mahu pun cukai.

Bagaimanapun, katanya, jika seseorang itu diketahui tidak memiliki apa-apa harta, maka adalah tidak wajib untuknya berbuat demikian.

“Hukumnya akan jadi haram kalau seseorang itu hendak berbangga dan bermegah dengan harta miliknya.

“Banyak lagi isu lain selain mengisytiharkan harta ini tetapi sebab janji manifesto Pakatan Harapan (PH) tidak dibuat, maka mungkin ia dilaksanakan untuk menutup janji-janji tersebut,” katanya.

Abdul Hadi difahamkan masih tidak ada peruntukan undang-undang khusus mengenai usul mengisytiharkan harta itu dan memerlukan huraian terperinci mengenainya.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, Ahli Parlimen parti itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytiharkan harta masing-masing dan mencadangkan Dewan Rakyat supaya membuka kaunter di Parlimen bagi membolehkan pengisytiharan harta dalam kalangan Ahli Parlimen dilakukan. - UTUSAN ONLINE

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

18 comments

comments
Ahmad
July 5, 2019 at 10:00 PM delete

Apalah punya mengarut la atuk ni

Reply
avatar
July 5, 2019 at 10:36 PM delete

Allahurabbi, sedihnya saya membaca kenyataan Haji Hadi itu. Kenapalah sampai begitu sekali dia mengarut? Semua benda dibebankan kepada DAP. Singkatnya
pemikiran dan sempitnya nilai rasional dalam kehidupannya sekarang. Cara begitu bukannya politik matang - jauh panggang dari api. Sungguh!

Reply
avatar
Anonymous
July 5, 2019 at 11:39 PM delete

kahkahkah...betul la lumrah alam...makin tua, makin macam budak-budak...

betul cara hukum islam...ulama su' dicampak dulu dalam neraka, sebab diorang ni yang buat ramai orang terjebak sekali...

bila kawan dengan tukang besi, baju kadang-kadang terpalit jugak kotoran...bila dah kawan dengan penyangak, cakap-cakap ada serupa penyangak jugak...

Reply
avatar
July 6, 2019 at 5:56 AM delete

Lebai putar alam tengah ligat berpusing2 untuk memperbodohkan umat islam dengan logik bodoh dia. Macamanalah si bodoh ni boleh dilantik jadi ulamak dan Tuang Presideng ni? Gaya dan mutu percakapan dia ni sebijik macam Presiden Trump yang dungu tu. Cakap berdegar2 dan panjang lebar tapi lansung tak boleh pakai isinya. Inilah yang jelas bukti bahawa kepimpinan itu tidak boleh diberikan kepada si jahil dan si akal pendek. kepimpinan bukan pada pakaian mahupun serban atau jubah bahkan ianya wajib diberikan kepada yang berilmu, berakal dan berbakat.

Setakat berjubah dan berserban 24 jam tak menjamin jadi pemimpin yang bijaksana. Setakat ni Hadi dan TITM serta Zawawi telah membuktikan bahawa orang2 yang dok berserban dan berjubah 24jam belum tentu molek dijadikan pemimpin kerana akal mereka hanya berkisar keapada fesyen islam bukan berfikir utk kepimpinan islam. Setakat fesyen je islam tapi perangai macam si dungu dari gua jahil, hanya akan memburukkan islam. Kepimpinan islam itu dapat dilihat dari segi amalan dan matlamat bukannya fesyen dan jelas sekali pemimpin2 PAS hanyalah pemimpin fesyen islam, bukannya pemimpin gerakan islam.

Nick.
Cape Tiger.

Reply
avatar
Anonymous
July 6, 2019 at 10:38 AM delete

Ahli dan penyokong pas tak malu ka punyai presideng mcm ni? Tlg pencengkan presideng ni. Bior dia berehat dan tumpukan kpd ibadat sepenuhnya.

Reply
avatar
Anonymous
July 6, 2019 at 10:41 AM delete

Penyokong dia pun sama sempit fikiran. Segala2nya nak disalahkan kpd DAP

Reply
avatar
Anonymous
July 6, 2019 at 12:42 PM delete

telur dah masuk sarung ke lebai? naik sampai ke kerongkong dah? cuak rm90j orang tau? ke pak lebai takut walaun bodoh tau pak lebai banyak reta tapi mintak sedekah je kerjanya tiap kali ceramah? suruh orang sedekah jihad, dia kumpul harta...puiii...

Reply
avatar
Anonymous
July 6, 2019 at 2:09 PM delete

Lepas ni DAP lah punca lebai2 kartel dedak terima dana umno. Bila nak panggil zarudin. Takkan dap juga yang sebabkan lambat siasat kartel dedak. Aoiii agamawang akhir zamang yang menjual agama demi habuuang duniawi. Ibarat anjing2 berserban yang menyalak siang malam tiba2 diam kelu bila dihulur tulang2. Abis rumah dirompak tak dipedulikan hanya menikmati tulang2 dengan air liuq yang berjejeran.

Reply
avatar
Anonymous
July 6, 2019 at 2:35 PM delete

“Kalau mengisytiharkan harta tetapi menipu, buat apa?.... " - Hadi.

Persoalan nya apa perlu di buat supaya orang banyak harta tak menipu tentang harta di milikinya ?

Sesungguh nya ikhlas itu hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi kita manusia sepatutnya ada ukuran sendiri mengikut kaedah agama untuk mengetahui samada kita ikhlas atau tidak?

Di beritahu sifat-sifat riak, sombong, bodoh, tamak, ujud dan sebagai nya... Paling tidak mesti ada kisah atau khabar mengenai orang yang bersifat begitu di zaman Nabi. Samada kita benar-benar ikhlas kita serahkan pada Allah.

Seperti mana ikhlas begitu juga menipu dan mengisytiharkan harta ada satu cara untuk mengetahui seseorang itu menipu atau tidak.


"Dalam Islam ada aspek spiritual dan hukumnya kita kena tengok kepada keadaan, ada masanya wajib, ada masanya haram dan juga sunat, bukan secara mutlak,” kata Hadi.

Jangan cakap lah pasal spiritual. Bangsa kita jadi macam ini kerana spiritual lah ia itu dna keturunan melayu kita tak sudah-sudah dengki dan memperbodohkan bangsa sendiri.

Bangsa lain maju dari dulu kerana spiritual yang mereka bawa dari generasi ke generasi.

Baru ada pemimpin melayu yang hebat cuba merubah pemikiran dan menjadi kan melayu kuat mesti ada yang jadi pembelot dan pengkhianat.

Kali ini Hadi kata ikut keadaan kejap boleh haram, kejap boleh wajib... Sekarang ini mengikut keadaan wajib sebab yang perintah ialah PH. Jika PASU yang perintah ikut lah haram.

Siapa yang rugi? Rugi lah pemimpin PH sebab masa sekarang ini, dia susah nak kumpul harta. Dan masa PASU mereka sudah tentu tak ada peluang kumpul harta walaupun mengisytiharkan harta tu haram.

Orang PASU akan di pandang serong dan semakin di hina.

Reply
avatar
Anonymous
July 6, 2019 at 2:43 PM delete

Ada kah wajib atau haram si Mamat yang harta nya 10 ekor kambing telah menjadi 100 ekor selepas 6 bulan jadi ketua.

Atau ia nya hanya wajib apabila jumlah harta melebihi 45 buah kereta dan 7 buah rumah?

Selagi harta kereta nya cuma 2 buah dan setelah di lantik menjadi pemimpin harta kereta nya menjadi 5 buah tidak wajib malah haram sebab cuma tambah 3 buah kereta?

Ada kah sunat pula jika harta nya tak bertambah. Sebelum dan selepas menjadi pemimpin harta nya tetap 2 buah kereta dan 2 buah rumah?

Hukum yang Hadi kata tu ikut tang mana?

Reply
avatar
Anonymous
July 6, 2019 at 3:41 PM delete

boleh berehat dah tn.hj.. ckp tak tahu pala ekor ,, nyanyok bekali

Reply
avatar
Anonymous
July 6, 2019 at 7:50 PM delete

Menteri bajet alim tapi kaki semburit apa kurang munafiknya.

Tapi aku tak reti nak kata dia masuk neraka krn mgkin dia sempat bertobat nasuha.

Reply
avatar
Anonymous
July 7, 2019 at 1:05 PM delete

lain kali jika si hadi ini tak boleh kentut, dia akan salahkan DAP jugak.

Reply
avatar
July 7, 2019 at 2:34 PM delete

Apa masalah mp pmbngkang wat istihar harta. Ada yg tersirat kot.
Kakitngn kjan dh lama kna istihar.

Reply
avatar
Anonymous
July 9, 2019 at 11:22 AM delete

Nk tanya satu je:
Otak kepala segala lebai2 ni masih ok lagi ke?
Yg teman bimbang sgt2, otaknya dah biol!!!

Reply
avatar
July 10, 2019 at 8:16 AM delete

TGHH kena jwb 1 sj soalan aku. Kenapa zaman UBN dulu semua kaki tgn kerajaan perlu isytihar harta? Salah dap jg ke?

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive