Anak Tir Najib Didakwa Mengubah Wang Haram RM1.25Billion


Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini sebentar tadi atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah AS$248 (RM1.25 bilion) lapan tahun lalu.

Pengasas syarikat pembikinan filem Hollywood yang berpangkalan di Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu dihadapan hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan pertama, dan kedua Riza Shahriz Abdul Aziz, 43, didakwa menerima hasil dari aktiviti haram dengan menerima AS$ 1,173, 104.00 dan AS$ 9 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Good Star Limited di RBS Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles Amerika Syarikat milik Red Granite Production Inc, yang mana wang tersebut adalah hasil daripada penyelewengan ke atas dana 1MDB.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 12 April 2011 hingga 10 Oktober 2012 di City National Bank Los Angeles Main, 525 South Flowers Street, Los Angeles California, Amerika Syarikat.

Bagi pertuduhan ketiga hingga kelima pula, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor itu didakwa menerima wang sejumlah AS$238,000,000 daripada akaun milik Aabar Investments PJS Limited di BSI SA Lugano ke akaun BSI Bank Ltd.Singapore milik syarikat Red Granite yang mana wang tersebut adalah hasil penyelewengan 1MDB.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 18 Jun 2012 hingga 14 November 2012 di Ltd. Temasik Boulevard, #32-01 Suntec Tower One Singapura.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan Riza boleh didenda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin selain diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili tertuduh bersetuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan namun memohon jumlah jaminan tersebut dibayar secara ansuran yang akan diselesaikan sepenuhnya Isnin atau Selasa ini.

Hakim Rozina tidak bersetuju bayaran jaminan tersebut dijelaskan secara ansuran namun beliau merekodkan permohonan tersebut.

Riza yang dijamin dua rakannya bagaimanapun diminta menjelaskan bayaran jaminan hari ini.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 Ogos ini.

Laporan penuh sila baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Anonymous
July 5, 2019 at 1:34 PM delete

NIAGA ROTI LINGKUP MINTAK BAILOUT
ASSETS NEGARA SUMA DIJUAL SEGALANYA
ANAKCUCU KRONI JUGA KAYA RAYA SIOT
KUNYIT HAWAW MASAM JADI ANUTAN DEPA
PLURALISMA MURTAD COMAMGO AJARAN NYA



MMEEEEMMMEENGGG BABI PH NI...
ISLAM DEPA BABI BABI KAN

PUIIIII..!!


miajalipahJR

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive