Zahid Kini Ditangga Teratas Carta..


Susulan 33 pertuduhan terbaharu semalam dan tujuh pertuduhan sebelumnya, Ahmad Zahid kini berdepan 87 pendakwaan rasuah dan pecah amanah sekaligus meletakkannya ditangga teratas carta Pemimpin UMNO yang dituduh melakukan rasuah ketika berkuasa.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018 serta 20 Februari lalu, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 47 pertuduhan dengan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Kesnya kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan mahkamah itu telah menetapkan 18 November hingga 22 November, 2 Disember hingga 6 Disember dan 9 Disember hingga 13 Disember untuk perbicaraan.

Semalam, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan rasuah berhubung perkara sama berjumlah S$4.24 juta (anggaran RM1=$S3.06 Singapura) dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid melibatkan visa ialah 40 pertuduhan.

Daripada 33 pertuduhan hari ini, 26 pertuduhan terhadap Presiden UMNO adalah mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu sebagai Menteri Dalam Negeri, secara rasuah menerima suapan berjumlah S$9,320,000 daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai upah baginya, untuk mengekalkan kontrak Perjanjian Untuk Membekalkan Sistem Bersepadu Visa Luar Negara (VLN) dan melanjutkan kontrak syarikat sama sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem VLN.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, Ahmad Zahid didakwa sebagai pegawai awam, mendapatkan bagi dirinya, barang berharga iaitu wang tunai dalam pelbagai mata wang iaitu RM3,125,000, S$1,150,000, €15,000, AS$15,000, tanpa balasan daripada syarikat sama, yang diketahuinya mempunyai hubungan rasmi dengannya.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu antara Oktober 2014 hingga Oktober 2017 di sebuah rumah di Country Heights Kajang.

Jika sabit kesalahan, Ahmad Zahid berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, bagi kesalahan Seksyen 16(a)(B) manakala bagi kesalahan Seksyen 165, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.



Hmmm... HIDUP MELAYU!!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive