Zahid Didakwa Dengan 7 Lagi Tuduhan Rasuah


Presiden UMNO yang juga Bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi berdepan 7 lagi dakwaan rasuah berjumlah S$4.24 juta di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tuduhan terbaru itu berkaitan dengan kontrak Kementerian Dalam Negeri kepada sebuah syarikat untuk mengendalikan sistem visa. Zahid, yang juga menteri dalam negeri, dituduh menerima S$4.24 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd untuk melanjutkan kontraknya bagi mengurus pusat sehenti di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Kes itu didakwa berlaku di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Seri Satria di Putrajaya antara 28 Mac 2017 dan 2 Mac 2018.

Zahid didakwa terhadap semua tuduhan tersebut selepas ia dibacakan di depan Hakim Azura Alwi. Jika didapati bersalah, beliau berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali jumlah suapan yang diterima.

Dengan tambahan 7 tuduhan terbaru ini menjadikan Zahid berdepan keseluruhan 54 tuduhan.

Beliau sebelum ini didakwa dengan 47 pertuduhan yang difailkan terhadapnya antara November tahun lalu dan Februari lalu, atas dakwaan pecah amanah melibatkan yayasan dikendalikan keluarganya, Yayasan Akal Budi, pengubahan wang haram serta menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa bertugas di Kementerian Dalam Negeri lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
June 26, 2019 at 2:39 PM delete

KIKI PERANG KUNYIT NAK MELETUS
ZAHID ADA FAVOUR PADA ALJUBORI
TIPAH DI ARAH GRILL ZAHID TERUS
UNDI X CAYE MINGGU DEPAN UTK KUTTY


MANA YG ADA FAVOUR PADA ALJUBORI
TIPAH KOYA SPRM TRUS GRILL KASI
UGUT PEMMBANGKANG JANGAN KASI UNDI
UNDI X CAYE JADI ANAKCUCU KUTY MATI



KIKIKIKI.. SIFIR MUDAH KEPALA PEROMPAK UGUT, MALUKAN DAN PAKSA IKUT ARAHAN...

ADALAH HARAM MENYOKONG MANA MANA KEM KUNYIT MASAM MERECIK HAWAW SEMASA KEDUA DUA PANJI KUNYIT MERECIK HAWAW BERTEMPOR SESAMA SENDIRI NANTI...

HUKUM HARUS TEPUK TANGAN MANA MANA PANJI KUNYIT YANG MELINGKUP DULU


kikikikiki.. 1 july undi x percaya, atok tadah macai sapu semua..!!

Reply
avatar
June 26, 2019 at 5:20 PM delete

Wow info penipu terbaik...
He he
Fitnah dosa...
Pm 8 tetap anwar
Tun M serah cara elok

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive