Video "Deep Fake" Senang Untuk Dihasilkan - Pakar


Deep Fake, gabungan istilah "deep learning" dan "fake" atau pembelajaran mendalam dan palsu adalah video dan fail audio kelihatan asli tetapi palsu.

Dibuat menggunakan teknologi AI yang terkini dan mudah diakses dan dipelajari, individu boleh membuat video menunjukkan seseorang melakukan atau mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.

Persoalannya adakah video seks yang tular kini dan mendapat perhatian umum itu adalah video deep fake?

KiniTV mendapatkan kepastian pakar, Fong Choong Fook, Pengarah LGMS Asia Security Exchange sebuah syarikat penggodam professional dan sekuriti terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan forensic video.

"Kita tak boleh nak analisa melainkan kita dapatkan sumber video yang asli. Bila kita hantar fail video melalui whatsapp atau media sosial. metadata pada video itu akan berkurangan. Dan sekiranya analisa forensik dilakukan dan disebarkan melalui media sosial agak sukar kerana beberapa kunci utama akan hilang. Dari perspektif forensik dan jika kita mahu tahu ketulenan sesebuah video itu, kita perlu dapatkan salinan asli.

"Dari salinan asli kita dapatkan masa dan tarikh dirakamkan, kepala video, manipulasi pada saiz fail, dan banyak elemen yang boleh kita dapat ketulenannya. Bila kita melalui media sosial. informasi ini banyak hilang".

"Namun pada saya video pengakuan yang dikeluarkan selepas itu (lelaki dalam video seks) itu agak tulen, melihat beberapa sudut dalam video ia nampak tulen. Tidak banyak pergerakan untuk menunjukkan video itu deep fake"

Antara element untuk mengetahui dan mengesahkan video itu "deep fake" adalah resolusi visual, pencahayaan, herotan visual pada muka dan badan, kelipan mata, pergerakan badan, pergerakan bibir tanda kelahiran dan lain-lain.

Sumber asli sahaja yang dapat menentukan ia deep fake atau tidak.

"Teknologi sekarang mampu melakukan video sebegitu, dengan melihat element muka yang tidak berubah secara drastik, kita boleh lihat satu dimensi muka dengan pergerakan yang tidak banyak, agak senang untuk menghasilkan video deep fake melainkan pergerakan yang cepat dan berbagai perspektif, maka ia sukar dilakukan. Kalau anda lihat video itu, muka pelakon tidak berubah pada sudut yang berbeza, teknologi deep fake senang untuk dihasilkan".

"Video (seks) itu bukan resolusi yang tinggi, imej yang samar itu nampak meyakinkan, namun ia tidak dapat dipastikan melainkan mendapat video asli yang resolusi tinggi seperti video pengakuan yang terang dan dekat. Kita boleh fokus pada ekspresi muka untuk tentukan deepfake atau tidak. Dengan mendapat video sumber, kita boleh tentukan masa, hari dan cap masa, bagaimana ia dibuat, dan perkakasan apa yang digunakan, baru keputusan itu konkrit."

Menurutnya video itu disebarkan melalui whatsapp dan media sosial, yang menyebabkan kualiti piksel video adalah rendah.

Foong turut memberitahu, penghasil video tular itu perlukan masa yang lama untuk menghasilkan video untuk nampak tulen.

"Dari sudut ini anda nampak sangat jelas, perkadaran badan dan kepala itu nampak jelas, tapi jika anda kakukan video, anda boleh edit kepala dan badan untuk nampak natural. Ia hanya sekadar bagaimana anda belajar dan ambil masa untuk hasilkan lebih baik".

Dia juga turut memberitahu, bahawa untuk menghasilkan video deepfake, ia memerlukan perkakasan dan perisian berkuasa tinggi dan kos yang mahal, namun kini trend penghasilan video ini semakin mendapat perhatian.

"Ia dilakukan dengan menggunakan komputer biasa. Apa komputer ini lakukan ialah, perisian itu akan mempelajari bagaimana Obama (Presiden) dalam sudut yang berbagai. Bila anda lihat, pelakon itu melihat dia seperti bercakap ke depan, tapi masa yang sama, kamera boleh mengambil dari berbagai sudut. Jadi program komputer itu, mempelajari bagaimana seseorang itu menyerupai dalam sudut berbeza dan menggunakan pergerakan itu pada target dengan kaedah pertindihan. Untuk sampel ini, kami menggabungkan dua video dari Presiden Obama kepada orang lain. Ia dibuat dalam masa satu hari, jika ia dihasilkan lebih lama dan lebih banyak gambar subjek akan nampak imitasi yang lebih baik".


Laporan dari KINITV

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
June 18, 2019 at 5:43 PM delete

Azmin harus letak jawatan jika bersalah – Setiausaha Politik Anwar

MALAM NI ADE MESORAT TINGKAP YERR
KEM ASSMIN TEKAN KONEK BUTTON KER
OOPS BUKAN KONEK BUTTON LAH DERR.!!
KUNYIT BUTTON CIVIL WAR DAH MULA


KIKIKIKIKI... HAAHHHH TEPUKKKK..!!
DAH KANTOI JUBO JUBO MULA TEKAN PANIK BUTTON OOPSS KUNYIT BUTTON




miajalipahJR

Reply
avatar
Anonymous
June 18, 2019 at 7:33 PM delete

Apek ni mimpi pejadahnya? kalau senang sangat pakai pc biasa buat deep fake boleh dapat gambar cantik pejadahnya stand in dengan body double sibuk nak cover muka masa buat stunt dengan aksi...bodo punya apek...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive