Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar?


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 sekiranya enggan buku ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ diterbitkan dan didedahkan kepada umum.

Menurutnya, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul telah membuat laporan polis petang tadi dan beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sekarang dia (Johari) dah buat laporan polis (terhadap) orang yang jadi penulis picisan, dibayar, diupah. Masa untuk (penulis) diketahui oleh umum, disiasat dan diambil tindakan wajar

“(Adakah Datuk Seri maklum dengan ugutan itu?) Ya, dan polis harus siasat.

“Dia ugut, kita tak bayar RM400,000, dia akan publish (terbitkan buku itu),” katanya ketika ditemui dalam Majlis Makan Malam Hari Raya anjuran Majlis Perniagaan Malaysia - India di sini malam tadi.. laporan penuh sila baca di SINI

Johari semalam dalam sidang media semalam dan mendakwa Yahaya yang disifatkannya sebagai penulis upahan cuba memeras ugut Anwar.

"Jika Anwar tawarkan harga lebih tinggi (daripada RM400,000 yang ditawarkan pihak lain), dia sanggup untuk beri buku itu kepada Anwar. Jika tidak, dia akan beri kepada individu yang sanggup menerbitkan buku berkenaan," kata Johari yang berkata turut membuat laporan polis berkenaan manuskrip itu.

Bagaimanapun Penulis buku tersebut menafikan beliau cuba mengugut Presiden PKR itu untuk mendapat jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah yang ditawarkan kepadanya untuk menerbitkan buku itu.

Yahaya Ismail berkata dia sebaliknya menawarkan untuk menjual hak cipta buku tersebut kepada Anwar.

Katanya menerusi satu hantaran Facebook awal pagi ini "Saya beri naskah itu kepada Anwar dan (anggota parlimen PKR) Johari Abdul untuk mereka baca, dan kalau mahu, membeli hak ciptanya. Saya kemukakan naskah itu kepada beberapa individu untuk mereka beli (dan) letak harga RM400,000...

"Saya terkejut bila Anwar kata saya hendak peras ugut dia minta bayaran RM400,000. Harga itu berdasarkan nilai hak cipta yang bakal dijual kepada pembeli.

"Kalau dia tak minat, jangan beli. Tak ada apa-apa paksaan sebab hak cipta itu saya punya,"

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
June 20, 2019 at 4:09 PM delete

"Dia ugut, kita tak bayar RM400,000, dia akan publish (terbitkan buku itu),” kata nya.."

Ugut.

Jika dia kata dia akan jual bukan terbit. Itu bukan ugut. Kerana dia lebih berminat untuk jual.

Oleh itu jika benar dia kata dia bukan nya ugut dia kena jual pada orang yang berminat pada harga RM 400,000 tak boleh kurang..

Dia kena jual dulu pada Anwar sebagai tanda aras harga. Bukan pada orang lain yang tidak ada kena mengena dengan buku itu.

Sesiapa pun akan kata bodoh Jika bersetuju membeli buku yang memburuk kan diri nya. Kerana apa kah jaminan buku seperti itu tidak di jual oleh nya atau oleh penulis lain.

Reply
avatar
I
June 20, 2019 at 6:17 PM delete

Cara baru bikin duit... jual keburukan orang lain. Ini orang macam kurang iman dan tak baca kitab pasal menjaga aib orang.

Reply
avatar
I
June 20, 2019 at 6:18 PM delete

Cara baru bikin duit... jual keburukan orang lain. Ini orang macam kurang iman dan tak baca kitab pasal menjaga aib orang.

Reply
avatar
June 20, 2019 at 8:04 PM delete

Kutuk memburukkan menghina org lain. Adakah kita sempurna.

Reply
avatar
June 21, 2019 at 6:29 AM delete

Skrip drama usang yang dibuat oleh UMNO dulu nak dikitar semula. Apalah bodohnya si penulis hantar manuskrip kat Anwar kononnya bukan ugutan, atas alasan nak jual hak cipta kat Anwar? Anwar nak hak cipta buku yang memburuk2kan dia? Gila ke apa? Memang sah2 lah mamat bodoh tu cuba nak ugut DSAI untuk dapat duit haram. Harap2 dapat lah polis buat siasatan segera dan tangkaplah orang2 melayu bangang yang tak de kerja lain buat benda2 bodoh macam ni untuk cari makan. Ni lah contoh terbesar "melayu bangang"! Melayu2 macam ni memang elok di campak je dalam laut China selatan nu!

Nick.
Cape Tiger.

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2019 at 8:48 AM delete

Sekarang siapa yang nak beli untuk terbitkan buku tersebut?

Nampak nya kena lah penulis sendiri yang terbitkan buku tersebut.

Siapa yang nak percaya sekiranya apabila buku itu di terbitkan sendiri oleh penulis nya dengan menguna modal sendiri?

Dan apabila buku tersebut di ketahui oleh orang ramai maka nilai politik nya telah tidak ada. Jika di terbitkan dan di jual sudah tentu tak laku.

Sebenar nya buku itu tidak ada pembeli khusus dari musuh Anwar kerana tidak memberi impak sangat.

Antara Anwar dan musuh pasti yang letak harga tinggi ialah musuh Anwar.

Penulis kena tulis buku yang bertajuk Kenapa dia se orang yang bebal..

Keburukan Anwar dan cerita Anwar cukup di siarkan di hebahkan menguna Internet.

Penulis hanya ada satu jalan ia itu edarkan lah buku tersebut secara percuma..

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2019 at 9:19 AM delete

MESIA BARU BUSUK BAU SANA SINI
MAKAM JUBO DARJAT PALING TINGGI
MASAM TENGIK PEKAT ITU YG WANGI
HADIAH FITNAH ATOK KERAJAAN KUTTY


RENDAH AKHLAK SEMESTINYA MORAL PUN RENDAH
KETUA TIMBALAN SUMA SPECIES SUKA SEJENIS
KARMA FITNAH JIJIK SUDAH MENDAPAT HARAMJADAH
HASIL KARMA FITNAH KERAJAAN MAMAK KUTTY IBLIS



miajalipahJR

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive