Pandangan Tun Mahathir Mengenai Video Seks Yang Disebar



Ini adalah pandangan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mengenai isu video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selain mempersoalkan ketulenan video tersebut Tun juga menyifatkan penyebaran video seks merupakan agenda politik oleh orang tertentu.

Astro Awani melaporkan..

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan agenda politik oleh orang tertentu. 
Malah, perdana menteri menjelaskan beliau tidak percaya ketulenan video lucah yang dikaitkan dengan Azmin itu. 
“Saya tidak percaya ia tulen. Sekarang, kita boleh banyak perkara dengan video dan gambar sekiranya kita pandai. 
“Mungkin satu hari kamu akan lihat gambar saya pula macam itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Malam Sejuta Kenangan di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Rabu malam. 
Dr Mahathir turut mempersoalkan tindakan individu yang mengaku Muhammad Haziq Aziz yang tidak malu membuat pengakuan kepada orang ramai. 
"Budak itu yang mengaku ini seolah-olah sengaja buat perkara ini. Biasanya orang seperti itu malu untuk mengaku tetapi dia tidak. 
"Sekarang ini dia mengaku dengan (perbuatannya). Apa tujuan sebenar?" soalnya. 
Beliau berkata, tindakan menyebarkan video lucah itu merupakan suatu perbuatan yang kotor dan jijik. 
"Kalau kamu tidak boleh menang mengatasi seseorang jangan buat perkara kotor. Jadikan politik ini bersih. 
"Kalau nak buat seperti itu, setiap hari boleh sahaja berkongsi gambar dan video lucah. Kamu hampir kalah, kamu sebar gambar lucah," katanya.

Sementara itu The Malay Mail Online pula melaporkan..

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penyebaran klip video berunsur lucah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet dilakukan oleh pihak yang mempunyai agenda politik. 
Beliau berkata video berkenaan sukar dipercayai kebenarannya seperti didakwa memandangkan pada masa kini, banyak pihak yang bijak mampu menyunting dan menghasilkan gambar dan video seumpamanya. 
“Saya tidak fikir (video dan gambar) ini benar. Ia dibuat oleh seseorang dengan agenda politik. Kalau anda nak kalah, anda nampak orang lain nak menang, anda tunjuk gambar lucah. Kalau macam itu, setiap hari boleh tunjuk gambar lucah. 
“Lepas ini boleh nampak gambar saya pula lah. Jangan lakukan kerja kotor ini. Pastikan politik lebih bersih,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Sejuta Kenangan anjuran ketua bahagian, ketua srikandi dan ketua armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Setia City di sini, malam ini. 
Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut mempersoal tujuan sebenar seorang lelaki yang mengaku dirinya terlibat dalam perilaku video berkenaan. 
“Lelaki yang mengaku, ini disengajakan. Kalau tak, tak akan dia nak mengaku. Biasanya, orang itu (pelaku video lucah) malu nak mengaku, tapi ini tak malu. Apa tujuannya?,” katanya. 
Ditanya sama ada beliau ada bertemu dengan menteri Kabinet tersebut mengenai isu video terbabit, Dr Mahathir mengatakan ada berjumpa dengannya seperti biasa semalam namun ia hanya berkaitan mesyuarat Kabinet. 
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai wujudnya pertembungan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat ekoran video lucah itu, beliau hanya menyatakan yang pihaknya tidak tahu mengenainya. 
“Cara macam ini (penyebaran video lucah) tak patut ada dalam Malaysia. Kotor sangat dah,” katanya ringkas.
Laporan lanjut sila baca di SINI


Kenapa ya budak yang nama Haziq ni tak malu langsung untuk mengaku??

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
June 13, 2019 at 11:15 PM delete

Siasatlah siapa yg sebar.
Tak perlu berdrama bagai.

Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan dpd tuan asalnya. Ilmu songsang dpd gurunya yg songsang. Tak heran.

Lakukan sumpah laknat utk membersihkan nama. Itu lebih mulia dpd tuduh menuduh dan fitnah memfitnah.

Reply
avatar
I
June 14, 2019 at 8:20 AM delete

Sumpah laknat tak bermakna dirinya bersih. Ini bani melayu sejati. Asyik2 nk bersumpah laknat. Bukan ke sumpah laknat ini dilarang dalam agama. Yang patut bersumpah laknat adalah yang mengaku buat luar tabii tu. Baru betul. Dia bersumpah laknat yang dia buat . Yang dituduh tak perlu buat apa2 pun.

Reply
avatar
Anonymous
June 14, 2019 at 9:12 AM delete

Patutlah kelompok ni sokong lgbt. Dari no 1 ke no 2, sama jer feelnya. Elok lah ada pendedahan, setidak tidaknya rakyat marhaen tahu betapa kotornya pemimpin yg berselindung disebalik pertuturan. Kejujuran, baik akhlaq, pura pura, munafiq, fasiq, zuhud, terserlah juga akhirnya. Politik kotor fitnah yg jadi kaedah berpolitik, hanya ada pada individu yg kotor hatinya.

Akhlaq buruk tidak sesuai memimpin.

Reply
avatar
Anonymous
June 14, 2019 at 2:49 PM delete

Dulu din pudu dituduh berkhalwat. Setelah dia bersumpah laknat tiada lagi manusia yg berani menuduhnya berkhalwat.
Zaman nabi pon pernah berlaku org yg dituduh berzina bersumpah laknat.
Sama dgn kes liwat saiful. Saiful berani bersumpah laknat dan anwar sampai skrg cuak melakukannya.

Reply
avatar
Anonymous
June 14, 2019 at 2:53 PM delete

Bila dah berani menabur fitnah yg hukumnya umpama membunuh seseorg...seks songsang dah tiada dosa langsung bagi mrk.
Dulu video dia kena kulum kote oleh seorg perempuan dan skrg video mendubur pulak.
Jahanam negara klu dpt manusia yg munafik dgn kata2 dan perlakuan ini.

Reply
avatar
Anonymous
June 14, 2019 at 2:57 PM delete

Silap dah kalau Madey support kes Azmin. Bias siasatan nanti. Kena gantung Azmin sampai siasatan selesai kalau sudah bias. Rosaklah imej PH.

Reply
avatar
Anonymous
June 14, 2019 at 2:57 PM delete

Sumpah laknat atau muhabalah bisa dilakukan oleh beberapa pihak jika terdapat suatu kondisi dimana tidak ditemukan jalan keluar lainnya atau dengan kata lain, sumpah laknat atau muhabalah perlu dilakukan jika memenuhi syarat berikut ini
Muhabalah boleh dilakukan jika tidak ditemui cara lain atau dengan kata lain muhabalah adalah pilihan terakhir untuk membuktikan suatu kebenaran dan menyelesaikan persengketaan diantara dua atau beberapa pihak.
Pihak yang akan melakukan sumpah laknat membawa serta keluarga dan kerabatnya sebagaimana disebutkan dalam dalil sebelumnya. Mereka yang hadir saat sumpah laknat dilakukan akan menjadi saksi apabila suatu hari laknat yang ditimpakan terjadi kepada pihak yang berdusta. (baca keluarga sakinah dalam islam dan keluarga harmonis menurut islam).
Kedua belah pihak baik yang menuduh maupun tertuduh mengucap sumpah secara berhadapan dan mengucapkan kalimat sumpah laknat dengan menggunakan nama Allah SWT misalnya jika seseorang dituduh melakukan zina(baca cara menghapus dosa zina). Misalnya pihak yang tertuduh mengucap “Demi Allah, apa yang dituduhkan padaku tidaklah benar dan jika pihak yang menuduh menjatuhkan tuduhan palsu maka timpakanlah laknat kepadanya. Sedangkan bagi pihak yang menuduh juga bisa mengucapkan sumpah “Demi Allah tertuduh telah melakukan suatu perbuatan dan ia mengelaknya dengan mengatakan dusta, jatuhkan laknat kepadanya dan keluarganya apabila ia benar-benar berdusta”.(baca bahaya berbohong dan hukumnya dalam islam) Selain memenuhi persyaratan tersebut dalam mengucapkan suatu muhabalah selalulah mengucapkan nama Allah dan tidak diperbolehkan mengucapkan atau bersumpah dengan selain nama Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadits berikut (baca hukum bersumpah selain Allah)

Reply
avatar
June 15, 2019 at 4:00 PM delete

Org umno mmg suka cerita mcm ni. Org umno mmg minat cerita sex cerita lucah cerita menjubo cerita mengkulom.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive