Kenapa Ada Tulisan Cina Dalam Pejabat Guan Eng?


Saya terpanggil untuk mengulas tentang perkara yang berlegar di minda saya. Ia mengenai gambar yang tersebar menunjukkan ungkapan bahasa Cina ditampal pada dinding dalam pejabat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Orang yang sinis sudah tentu akan kata saya mahu membela setiausaha agung parti saya. Saya tidak dapat lari daripada tuduhan seperti itu.

Justeru saya cuma minta anda baca dengan hati terbuka.

Saya terbaca komen dalam Facebook bahawa tulisan bahasa Cina dalam pejabat itu "macam dekat Beijing", dan ia seperti suatu penghinaan kepada bahasa kebangsaan.

Sekejap. Mengapa ini boleh menjadi jadi isu bahasa kebangsaan pula?

Saya anggap diri saya sebagai seorang yang ghairah mahu memartabatkan bahasa Melayu. Kalau tidak percaya, anda boleh baca tulisan-tulisan saya sebelum ini.

Tetapi saya tidak faham mengapa ini menjadi isu menghormati bahasa kebangsaan pula?

Adakah kita cuba untuk tahu apa yang ditulis dalam bahasa Cina dan ditampal pada dinding pejabat Menteri Kewangan tersebut?

Ingin sedikit hiasan

Saya ada tanya, dan ungakapan-ungkapan tersebut boleh diterjemahkan secara mudah menjadi begini: “Apabila insan tidak bersengkata dan keluarga aman, maka semua urusan perniagaan akan membawa keuntungan" dan "Negara yang berjaya dan makmur akan menjurus kepada kebahagiaan.”

Dalam bahasa Inggeris ianya adalah antithetical couplet, ungkapan puisi berkembar.

Biasanya ia digantung pada kedua-dua belah pintu masuk sesebuah rumah untuk memberi ‘ong’ kepada penghuninya. Anda boleh buat carian dalam Wikipedia mengenai hal ini.

Ya, kita mungkin tidak percaya akan perkara-perkara seperti ini, dan saya pun tidak tahu sama ada Menteri Kewangan sendiri percaya atau tidak, tetapi ini adalah sebahagian daripada budaya masyarakat Cina.

Pada hemat saya, Menteri Kewangan ingin menghiasi sedikit pejabatnya dengan puisi atau ungkapan budayanya.

Adakah kita sampai pada suatu peringkat yang kita tidak boleh terima seseorangmenteri berbangsa Tionghua (atau India, Kadazandusun, Iban dan sebagainya) memperlihatkan walau secebis budaya mereka dalam pejabat sendiri?

Selepas ini, adakah menteri tidak boleh letak ‘kalender kuda’ dalam pejabat sebab ada tulisan Cina?Sejak bila budaya Cina berhenti menjadi sebahagian daripada citra negara Malaysia ini?

Orang Cina bukan hanya tinggal di Beijing sahaja, saudara.

Ini bukan isu bahasa. Apa yang ditampal itu bukannya papan tanda dalam pejabat Menteri Kewangan. Tulisan Cina tersebut tidak diterjemahkan kepada ‘Selamat Datang ke Pejabat Menteri Kewangan Lim Guan Eng’, atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Ia adalah ekspresi budaya yang dizahirkan dalam bentuk perkataan Cina.

Samalah juga kalau kita ada pejabat, dan kita letak ayat-ayat al-Quran. Ia bukan untuk tujuan rasmi, tetapi kerana ia sebahagian daripada identiti kita, dan kita mahu mendapat ketenangan daripada ayat-ayat tersebut.

(Dalam pejabat Menteri Kewangan juga ada petikan daripada surah al-Hud)

Ya. Bahasa kebangsaan mesti digunakan dalam semua urusan rasmi. Ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini tidak boleh dipertikaikan. Tetapi ini bukan isu bahasa.

Menampal ungkapan Cina untuk membawa kemakmuran dalam pejabat tidak ada kena-mengena dengan urusan rasmi yang diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan.

Bahasa Melayu tidak tergadai, terjejas atau diperlekehkan hanya kerana Lim Guan Eng mahu menghias sedikit pejabatnya dengan hiasan budaya Cina.

SYAHREDZAN JOHAN

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
June 27, 2019 at 8:14 PM delete

Jangan komen atau campur tangan pasal tulisan cina. Kerana biar cina saja komen dan campur tangan pasal islam. Barulah nampak orang melayu dan islam sangat baik tolenransinya serta cerdik dalam berpolitik.

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2019 at 8:53 PM delete

Setuju lah dol..
Orang melayu memang TOLOLansi..
Kuat sungguh TOLOLansi nya..

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2019 at 8:57 PM delete

Gantung gambau kepala babi pon okey...
Orang melayu tak kisah pon..
Kan orang melayu kuat TOLOLansi nyer..
Tak gitu dol..

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2019 at 10:33 PM delete

HEBAT SINGGUH MESIA BARU SKG INI
SEMBURIT HAWAW MASAM TINGGI MAKAMNYA
KAROMAH KUNYIT MASAM BAU MEWANGI LAGI
PANJI MANO LINGKUP DULU KITA TEPUK YA!



KIKIKIKIKIKI..


miajalipahJR

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2019 at 11:26 PM delete

DULU AKU PERNAH TULIS MALAYSIA PERLU RAPATKAN ATAU MENYERTAI TERUS "PAKATAN BRICS" /BRAZIL,RUSSIA,INDIA,CHINA,SOUTH AFRICA

AKU AKAN BERHENTI MENYERANG ATOK FITNAH SEKIRANYA MALAYSIA MENYERTAI PAKATAN 'BRICS' - miajalipahJR

ANTARA PERKARA BERANI YANG DIBENTANGKAN OLEH BRICS IALAH :

1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.
2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.
3. AIIB(Asian Infrastructure Investment Bank) sudah ditubuhkan di Shanghai untuk Pakatan BRICS bagi mengantikan Bank Yahudi IMF dan World Bank dan menghapuskan penggunaan Dollar Amerika.
4. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar kewangan baru dan urusniaga baru di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.
DOLLAR ,IMF , WORLD BANK DAN FEDERAL RESERVE AKAN HANCUR DIBAWAH PAKATAN BRICS

Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia berada dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan.

SERGEI GLAZIEV : SISTEM HUTANG + RIBA TIDAK MASUK AKAL

Sergei Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas.

Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.

Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu Sergei Glaziev mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.

Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuklear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.

Bank Negara dan Central Bank setiap negara perlu direvolusikan dan direncanakan semula tidak terikat pada RIBA Yahudi Sedunia dan penghapusan secara total Dollar EURO dan Federal Reserve...Kemungkinan BRICS juga dibentuk oleh illuminiti wallahualam sekurang kurang nya Malaysia ada pilihan lain sebelum kebangkitan Islam dari timur...BRICS perlu mulakan langkah dari sekarang..!!

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2019 at 11:40 PM delete

Itu hak dia .pejabat dia. Dulu pejabat saya ada ayat quran. Tak ada masaalah

Reply
avatar
June 28, 2019 at 6:39 AM delete

Sekadar hiasan yg tdk menjadi elegitik kpd pengunjung itu tidak menjadi salah. Namun berlainan halnya apabila tempat itu menjadi sudut fotografi yg meibatkn urusan rasmi antarabangsa. Seharusnya sesiapa yg melihat foto itu terus tahu bhwa foto tersebut di pejabat pentadbiran kerajaan MALAYSIA bukan China ka, Taiwan ka atau negara lain yg seumpama tulisan itu. *Menjadi sudut bergambar dlm urusan rasmi khususnya urusan antarabangsa*. Itu yang salah.

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2019 at 7:40 AM delete

pemimpin uneducated bodoh fake degree untuk macai bodoh...

.... macai mana ada "law" suma kasi hantam brooo...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive