Haziq Bimbang Terima Nasib Sama Seperti Altantuya


Haziq Abdullah Abdul Aziz iaitu lelaki yang mengaku terlibat dalam video intim dengan individu mirip menteri Kabinet bimbang mengalami nasib sama seperti model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006.

Dia yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa terdapat beberapa pihak yang mampu melakukan tindakan luar dugaan supaya dia tidak bersuara.

"Ia memang berisiko tetapi saya lebih rela menjadi tumpuan daripada menderita dan mengalami nasib sama seperti Altantuya Shaariibuu,” katanya menerusi temubual eksklusif disiarkan oleh sebuah portal berita di sini hari ini.

Pada 12 Jun lalu, Haziq membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia ialah individu dalam klip video intim bersama seorang lelaki mirip seorang menteri Kabinet.

Haziq yang kini berusia 27 telah memuat naik video pengakuan itu berdurasi 30 saat itu di akaun Facebooknya dan turut menamakan seorang menteri yang juga pemimpin kanan sebuah parti kerajaan terlibat.

Menerusi video tersebut, perlakuan itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan.

Pada Jumaat lalu, Haziq ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dia ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semasa berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk ke Manila, Filipina.

Haziq kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas 24 jam ditahan bagi membantu siasatan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
Anonymous
June 19, 2019 at 6:15 PM delete

Jangan lah terima di bebaskan dengan jaminan Polis. Duduk dalam lokap lagi selamat.

Tapi Haziq ingat lagi tak siapa yang membunuh dan kemudian di dapati bersalah kerana membunuh Atlantuya?

Bukan Pemandu Lori. Bukan Mat Gian.

Haziq Jangan nak sama kan PDRM zaman BN dengan zaman PH. Tapi bila Haziq cakap takut jadi macam Atlantuya Haziq seolah-olah takut pada PDRM.

Kalau betul, percaya lah Haziq tak sampai ke Ibu Pejabat Polis untuk di siasat.

Haziq lebih selamat jika tidak mendedahkan video tersebut dan mengaku itu adalah diri nya.

Reply
avatar
June 19, 2019 at 8:31 PM delete

...racun telah memakan diri.

Reply
avatar
Anonymous
June 19, 2019 at 8:38 PM delete

Yang penting original ke fake? Benda lain tak penting.

Reply
avatar
Anonymous
June 19, 2019 at 8:38 PM delete

Sendiri buat sendiri tanggunglah..haram jadah punya manusia..

Reply
avatar
Anonymous
June 19, 2019 at 8:47 PM delete

Mual dan jijik sungguh politik Melayu sekarang.....

Reply
avatar
Anonymous
June 19, 2019 at 9:36 PM delete

Senang cerita pasangan yg dituduh semburit nie bersumpah laknat. Hanya itu saja penyelesaian paling baik.
Kalau tidak sampai mati mrk akan menerima aib sebagai kaum nabi luth yg dilaknat Allah.

Reply
avatar
Anonymous
June 19, 2019 at 9:57 PM delete

Jika mahdey menetapkan tarikh sebenar menyerahkan jwtn kpd anwar dan tidak berteka teki mgkin perkara semburit tak akan berlaku.
Gagal mghancurkan umno dgn mengumpan serta menarik mp2 umno ke dlm ppbm utk menguatkan majoriti telah mengubah taktik menjadikan azmin sebagai proksi sehingga memecah belahkan pkr.
Azmin yg alpa dgn prinsip status quo serta rambang dgn kuasa dan harta rela tunduk dgn kuasa penentu mahdey yg dianggap kuasa segalanya nyata terkorban dgn video semburit yg disebarkan musuhnya.Siapakah musuhnya belum diketahui dgn nyata tapi rakyat dapat membuat tekaan. Betul atau tidak tekaan rakyat hanya mrk yg gilakan kuasa saja yg mengetahuinya.
Inilah manusia yg gagal. Gagal dgn menjaga prinsip asal dan gagal menjaga kemaluan dan nafsu. Mmg menjijikkan dgn video songsang semburit tersebut. Musuh azmin mgkin sedang ketawa dgn aib yg ditanggung azmin dan keluarga serta penyokong fanatiknya.
Sebagai rakyat biasa kita mmg menolak golongan semburit ini krn sangat jijik dan memalukan.
Hanya mampu memerhati adegan seterusnya gelagat manusia yg kemaruk mengejar kuasa dan harta.

Reply
avatar
Anonymous
June 19, 2019 at 10:16 PM delete

MESORAT TINGKAP SUDAH SeLESAI YER
HANGIN SATU BADAN MAK LAMPIR KITEE
TAK PECAT PUN SHOW CAUSE LETTER SAJE
KIKI KEM ASSMIN TERUK KENA MAIN DERR.!



KIKIKIKIKI.... DAH KANTOI JUBO JUBO KENA TUNJUK SEBAB AJER ALAHAIII..!!


miajalipahJR

Reply
avatar
Anonymous
June 19, 2019 at 11:55 PM delete

Saya melihat dalam hal ini Anwar tidak begitu bimbang tentang jawatan PM.

Dalam cerita dan keadaan bagaimana kah Mahathir mahu di ingati sebagai sejarah.

Mahathir di beri peluang sekali lagi.. Setelah membuat onak dan menghuru-hara kan negara dengan tindakan nya dahulu.

Mana kah yang lebih penting antara sejarah yang melakarkan siapa dia dan siapa Anwar ? Orang dapat melihat perbezaan TG Nik Aziz dengan Hadi di mana TG Nik Aziz terus di hormati dan di sanjung.

Sesiapa pun yang jadi dalang video.. Satu hari nanti orang akan cakap juga masa itu yang jadi PM ia lah Mahathir.

Kenapa masa Mahathir perkara tidak senonoh dan menjijik kan ini berlaku?

Bagus dan hebat macamana pun lah.. Mahathir jadi PM.. Keburukan begini telah merosakkan semua nya.

Lebih baik Tun Mahathir bersara..
Tugas dan tanggung jawab Tun ialah memastikan semua nya telah terletak di tempat yang betul bukan untuk memyelesaikan apa yang tidak betul.

Waallahuaqlam.

Reply
avatar
Anonymous
June 20, 2019 at 12:12 AM delete

Apa jadi pada sumpah-sumpah mereka yang dahulu yang terlibat dengan liwat 1 & 2?

Saiful, selain jadi calun, dia juga berjumpa dan bergambar dengan MB.

Ada ke mereka yang terlibat telah di laknat dengan kecelakaan yang luar biasa?

Kerana main sumpah-sumpah begini lah orang tidak takut membuat nya berulang kali.

Apa kah tanpa sumpah laknat, mereka yang buat dakwaan begini tidak di laknat oleh Allah?

Bagaimana dengan qazaf liwat 2?

Fitnah begini hanya terhenti apabila di turunkan bala yang sangat dahsyat sehingga kita sangat menyesal dan dalam ketakutan. Wallahhuaqlam.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive