Setahun PH: Kemenangan Ini Libatkan Pengorbanan


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melibatkan kesedaran serta pengorbanan mereka yang mahukan perubahan dan reformasi sejak 20 tahun lepas.

Menerusi perutusan sempena ulang tahun pertama pentadbiran PH, Anwar mengakui kemenangan PH itu melibatkan air mata dan keringat bagi merealisasikan ledakan kuasa rakyat pada PRU-14 yang diadakan 9 Mei lepas.

"Alhamdulillah, hari ini ulang tahun pertama pentadbiran PH dan ulang tahun pertama negara ini berjaya menundukkan kebobrokan, kebejatan dan keangkuhan.

"Berkat dukungan dan sokongan rakyat berbilang kaum dan agama, akhirnya memungkinkan peralihan kuasa yang aman dan demokrasi," katanya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson turut mengajak rakyat negara ini merenung semula setiap pencapaian pentadbiran PH memandangkan masih banyak perlu ditunaikan serta diperbaiki supaya Malaysia kembali dihormati dunia.

"Usaha PH dalam menggagas reformasi juga harus dimaknai dengan dasar ekonomi yang mengangkat dan membebaskan masyarakat," katanya sambil berharap agar kekayaan negara turut dinikmati setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Anwar secara peribadi turut menyatakan penghargaan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sentiasa berusaha menggembleng tenaga dalam usaha mengubah landskap politik negara ke arah pencapaian dikecapi ketika ini.

"Justeru, marilah bersama-sama merapatkan saf dan kembali membetulkan tekad dalam memaknai perubahan yang diimpikan," katanya.

Beliau turut mengingatkan agar sebarang ancaman api perkauman dan kejumudan dihapuskan supaya tidak timbul masalah dalam hubungan antara kaum serta agama di negara ini.

Katanya, situasi tersebut perlu dikawal bagi memudahkan PH meletakkan negara kembali ke landasannya lapor Kosmo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Anonymous
May 9, 2019 at 5:07 PM delete

Terkinja kinja riang suma macai macai si fitnah bila barangan disita dan dirampas. Sebelum terkinja riang ingat sukit Akta Barangan yang sita ada had dan tempoh masa iaitu 1 tahun. Kalau polis pulang balik rampasan maka Najib tak korup’ .

Ini bermakna Tiada satu kes pun disabitkan kesalahan oleh mahkamah atas dasar apa barangan dilucuthak?

Polis mengambil langkah saman sivil pelucuthakkan terhadap aset-aset yang disita berjumlah RM711 juta kerana sekiranya kerajaan PH memulangkannya kembali maka mereka akan membuktikan Najib tidak bersalah melakukan amalan rasuah.

PM maklum tempoh maksimum penyitaan harta selama setahun akan tamat dalam masa sepuluh hari lagi pada 18 Mei 2019 perlukan tindakan polis selanjutnya.

“Jika dikembalikan, sudah tentu tindakan itu mengesahkan Najib tidak korup dan tidak membeli barangan itu menggunakan wang 1MDB atau sumber wang yang tidak sah.

“Atok sang fitnah terdesak menggunakan tindakan lucuthak sivil dan bukan pendakwaan jenayah bagi elak dari memulangkan barangan terbabit, di bulan yang mulia ini suka dingatkan pada macai macai sang fitnah sekelian..

cukup cukup lah buat fitnah.. buktikan kesalahan Najib di mahkamah dulu sebelum rampas barang yang sita..!!!

Pada macai yang taksub PM ada karomah insaf lah taubat lah... sesungguhnya penyokong pluralisma murtad anutan bang non gay lgbt dan syiah tiada karomah pun....!!

Kaya selogan islam spt Islam Madani akidah iman dilacuri dengan pluralisma murtad gay lgbt... hancur kalau bagi kat pemimpin utara ni... fakta pemimpin kaya slogan bole dibincang kemudian...!!




karomahtullancau ada la.....!!!

Reply
avatar
Anonymous
May 9, 2019 at 9:36 PM delete

Kahkahkah. Macai kena kencing Najib Razak sampai lencun. Najib Razak sila buktikan harta disita bukan datang dari hasil curi SRC dan 1MDB dahulu. Kes SRC masih lagi berjalan. Kes 1MDB akan berlangsung lepas Raya. Jadi memang sah pelucuthak harta mesti dibuat supaya tidak ganggu kes dan bahan bukti perbicaraan mahkamah. Takkan Kerajaan nak pulang barang kes dan barang bukti pula? Apa punya bodoh macai kena kencing dengan Najib Razak. Kahkahkah.

Reply
avatar
Anonymous
May 9, 2019 at 10:48 PM delete

kes 1 mdb dah 2 kali AG tangguh.. nak tunggu raya bila raya cina atau k
raya keling...

Reply
avatar
Anonymous
May 9, 2019 at 11:01 PM delete

Tunggu Jho Low hantar surat 3 halaman untuk tukarganti 40b yang disorok dengan jadi saksi dalam perbicaraan Najib Razak dan Rosmah Mansor. Kahkahkah.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive