Ketua Pengarah YAPEIM Digantung Tugas


KETUA Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin digantung tugas sementara bermula hari ini sementara siasatan menyeluruh dibuat ke atas dakwaan salah laku dan penyelewengan dalam badan itu.

Penggantungan beliau diumumkan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Dr Mohd Daud Bakar dalam satu kenyataan media hari ini.

“Sepanjang penggantungan tersebut, jawatankuasa siasatan akan meminta beliau (Abibullah) untuk hadir bagi memberikan keterangan dan membantu siasatan berkenaan dakwaan tersebut,” katanya.

Tugas Abibullah kini dipangku Pengarah Kanan (Bahagian Pengurusan Strategik) Yapeim, Parihah Hasan.

Minggu lalu, Daud mengesahkan wujud salah laku dan kecuaian dalam pengurusan yayasan itu, yang dikenal pasti hasil audit firma terkemuka PricewaterhouseCoopers.

Katanya, kesan salah laku itu sedang ditangani sebaik mungkin dan setiap individu yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan.

The Malaysian Insight difahamkan sidang media minggu lalu diadakan selepas Daud memberi taklimat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof mengenai kedudukan Yapeim.

Abibullah sebelum ini didakwa mengugut kakitangan Yapeim untuk tidak mengundi Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-14, seperti dalam rakaman video yang muncul baru-baru ini selepas pendedahan skandal yayasan itu.

The Malaysian Insight sebelum ini mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam Yapeim yang terkandung dalam pelan tindakan dan penstrukturan semula yayasan itu.

Ia termasuk kes Yapeim menggunakan dana yayasan untuk membayar saman pengarahnya yang juga bekas pegawai Najib Razak, tanpa kelulusan ahli lembaga pemegang amanah.

Pelan tindakan dan penstrukturan semula Yapeim, yang dilihat The Malaysian Insight, turut mendedahkan ketua pengarah dan pegawai kanan yayasan dibayar bonus dan gaji yang tinggi, mencurigakan dan tidak munasabah.

Mereka juga didakwa menerima elaun daripada anak-anak syarikat yang didakwa melantik diri mereka sendiri sebagai ahli lembaga pengarah.

Pengarah Bahagian Perundangan Yapeim Adawiyah Abdul Samad bagaimanapun dalam sidang medianya Ahad lalu mempertahankan pembayaran ganjaran tinggi tersebut.

Yapeim juga dilaporkan rugi RM12 juta dalam skim gadai Ar-Rahnu setelah gagal melelong gadaian yang tidak ditebus semula.

Yapeim juga didakwa membuat keputusan bisnes tidak wajar seperti membeli bangunan di Putrajaya dengan pinjaman bank lebih tinggi daripada harga belian dan melabur tanpa perakuan jawatankuasa risiko dan pelaburannya.

Yapeim adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan pada 1976 melalui Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 yang ditabdir oleh lembaga pemegang amanah yang dilantik oleh menteri

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
Anonymous
May 21, 2019 at 1:00 PM delete

Just get rid of the pest! Ramai lg yg layak boleh ganti

Reply
avatar
May 21, 2019 at 2:31 PM delete

TAHAN KERJA MAKNEC DIA TAK DAPAT IMBUHAN HARI KERJA. OPAstikan diA

Reply
avatar
Anonymous
May 21, 2019 at 3:41 PM delete

Mak bapak suruh kerja molek-molek, kau berpolitik pulak kat tempat kerja. Nasib kaulah labu. Kalau macai bawahan yang tak baca Pekeliling dan Peraturan boleh terima lagi...Ini badan, pangkat dan gaji saja besar - otak kecik. Lain kali kau tolong mak bapak kau tanam kangkung di kampung. Jangan sibuk nak kerja Kerajaan lagi.

Reply
avatar
Anonymous
May 21, 2019 at 6:47 PM delete

Hinanya Melayu Islam yang makan bonus RM400,000 setahun.

Hasil duit Yayasan anak-anak yatim yang sudah pasti anak Melayu Islam.

Pemakan harta yang tidak sah ialah ancaman kepada Melayu Islam.

Orang kaya-raya, perut buncit dan gemuk gedempol dengan hasil Yayasan Kebajikan adalah sebab utama Melayu Islam semakin terancam.

Jangan benarkan orang begini pegang apa-apa jawatan dalam institusi Kebajikan lagi.

Reply
avatar
Anonymous
May 21, 2019 at 9:23 PM delete

Bersihkan semua agen-agen Umno dari Kerajaan. Patutlah Umno senang dapat maklumat setiap langkah yang PH nak buat. Rupanya ada musang berbulu ayam. Yg di PTPTN nama Mastura tu pun dipersilakan berhenti. Kami dah tau kau duri dalam daging.

Reply
avatar
Anonymous
May 22, 2019 at 5:52 AM delete

Viralkan demi selamatkan kepimpinan UMNO.





Ahli parti yang sayang UMNO wajib sokong pindaan fasal 9.9 dalam EGM / PAU2019.

#WAJIB
#buang
#bersih
#baharu

TAKBIR!








Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive