Kenapa Syazlin Mansor Tarik Diri Dari Inkues Adib?.. Ini Penjelasan Tommy Thomas


KENYATAAN ini bertujuan untuk menjelaskan kekeliruan dan spekulasi yang timbul berhubung penarikan diri Syazlin Mansor, seorang peguam bela dari Majlis Peguam Malaysia, daripada terus mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang dijalankan di hadapan Koroner, Hakim Rofiah Mohamad di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Syazlin telah menerima pelantikan untuk mewakili KPKT dan JBPM di dalam prosiding Inkues ini semasa beliau juga dilantik mewakili keluarga Allahyarham Adib.

Beliau sepatutnya menolak pelantikan Kerajaan tersebut atas beberapa sebab.

Pertama, KPKT dan JBPM, sebagaimana kementerian dan jabatan kerajaan yang lain, hendaklah mendapatkan nasihat undang-undang daripada Jabatan ini, dan peguam luar mestilah dilantik oleh Peguam Negara / Pendakwa Raya.

Kedua, Syazlin berada di dalam kedudukan konflik kepentingan apabila beliau bersetuju untuk mewakili KPKT dan JBPM kerana beliau juga turut mewakili keluarga Allahyarham Adib yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues ini.

Kepentingan pihak-pihak ini mungkin bertentangan, dan adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima apabila beliau mewakili ketiga-tiga pihak.

Ketiga, pegawai-pegawai saya yang melaksanakan tugas mereka membantu Koroner, telah memaklumkan kepada saya bahawa Syazlin telah mengambil peranan yang aktif di dalam Inkues ini, malah sering mengambil kedudukan yang bercanggah daripada kedudukan yang diambil oleh timbalan pendakwa raya. Perkara ini adalah memalukan beliau dalam kapasitinya sebagai peguam bagi KPKT.

Keempat, suami Syazlin adalah setiausaha akhbar kepada YB Menteri KPKT. Atas sebab-sebab di atas saya telah memohon agar YB Menteri KPKT untuk menarik balik pelantikan Syazlin daripada terus mewakili KPKT dan JPBM.

Saya amat terkejut apabila mendapat tahu melalui berita semalam bahawa Syazlin turut menarik diri daripada turut mewakili keluarga Allahyarham Adib.

Keputusan beliau itu dibuat secara rela dan tanpa sebarang pengaruh daripada jabatan ini.

Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa sebelum prosiding Inkues bermula semalam, TPR Faten Hadni binti Khairuddin, salah seorang pegawai pengendali yang membantu Koroner dalam Inkues, telah bercakap secara peribadi dengan Syazlin dan memaklumkan bahawa Jabatan ini tiada sebarang isu sekiranya beliau terus mewakili pihak keluarga Allahyarham Adib.

TPR Faten telah meminta Syazlin untuk terus mewakili keluarga Allahyarham Adib supaya prosiding Inkues boleh diteruskan dan Prof Dr Shahrom Abd Wahid boleh dipanggil semula untuk memberikan keterangan lanjut. Namun Syazlin tetap dengan keputusannya untuk menarik diri.

Profesor Shahrom adalah saksi pakar yang membantu Koroner dalam Inkues ini. Peranannya di dalam Inkues tidak terjejas dengan penarikan diri Syazlin sebagai peguam. TPR Faten juga telah memaklumkan Koroner bahawa Jabatan ini bersedia untuk membantu Koroner dengan mengeluarkan sepina kepada Prof Shahrom. Kami akan berbuat demikian.

Tommy Thomas

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 29, 2019 at 1:18 PM delete

Hemmmmmmmm.....

jom tukar bloglist brooo

bankami.blogspot.com

Reply
avatar
Anonymous
May 29, 2019 at 8:30 PM delete

Suami rekomen bini sendiri jadi peguam Kementerian ker? Saka BN tamak haloba merasuk. Jadi peguam keluarga Adib cukuplah. Malaysia baharu maaaa. Rekomenlah peguam lain. Jangan greedy-greedy.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive