Kem Tentera Bagan Datuk Dibina Kerana Komersial Dan Politik?


PEMBINAAN kem tentera Hutan Melintang bernilai RM250 juta didorong oleh kepentingan komersial dan politik, dan bukan sebahagian pelan induk Kementerian Pertahanan (Kementah), dedah laporan audit khas berkenaan urus niaga pertukaran tanah kementerian itu.

“Ini projek yang didorong oleh kontraktor.

“Projek itu mengambil masa tujuh tahun untuk bermula dan jelas ia bukan keutamaan,” kata laporan itu yang dibentangkan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu di Dewan Negara minggu lalu.

Kem Hutan Melintang berada di Bagan Datuk, kawasan Parlimen bekas timbalan perdana menteri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Kem itu bukan sebahagian pelan induk kementerian dan turut disahkan dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11.

Projek Hutan Melintang bermula selepas rundingan langsung dengan pemaju dengan kos RM182 juta bagi 17 bangunan untuk infantri dan Rejimen Artileri Diraja (RAD).

Kerajaan akan menukar tanah Kementah di Rasah, Seremban dan Lahat di Kinta, bernilai RM244.8 juta untuk pembinaan itu. Baki kos RM50 juta akan ditanggung oleh Kementah.

Sebelum cadangan pemaju itu pada 2017, tiga lagi syarikat lain turut membentangkan pelbagai kertas kerja, tetapi sama ada ia ditolak atau syarikat berkenaan menarik balik tawaran mereka.

Menurut laporan itu, Zahid kali pertama mengarahkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk mempercepatkan projek itu pada April 2016.

Dalam satu mesyuarat jawatankuasa pada 18 Julai, 2017 yang dipengerusikan oleh Zahid, semua yang terbabit dimaklumkan mereka akan berdepan tindakan jika kem itu tidak siap menjelang 31 Ogos, 2017.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang turut hadir berkata tempoh pendaftaran untuk pengundi tentera di kem Hutan Melintang antara Ogos dan September 2017.

“SPR berkata beberapa elemen penting perlu siap sebelum kem tentera itu boleh diterima sebagai tempat mengundi.

“Antara elemen penting ialah kem itu perlu siap secara fizikal pada tarikh ditetapkan, pembinaan infrastruktur perlu termasuk pagar utama balai pengawal dan pagar perimeter kem, berek bujang, rumah masak dan stor senjata,” kata laporan itu.

Wakil SPR memberitahu dalam mesyuarat itu bahawa anggota tentera perlu dipindahkan ke situ dan menjalankan aktiviti rutin ketenteraan.

Laporan audit khas itu menyatakan wakil SPR melakukan beberapa lawatan ke kem Hutang Melintang pada 6 Jun, 14 dan 16 September, 2017 bagi memastikan elemen penting berkenaan siap untuk memindahkan pengundi tentera ke kem baharu.

Laporan penuh boleh diakses di sini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Anonymous
May 22, 2019 at 5:50 AM delete

Saya cadangkan kawasan parlimen pen dun pulau manis disemak semula...tipu....macammana ..jaya gading kuantan masuk dalam ..pekan...sebab ada kem tentera..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive