Bung Moktar Dan Zizie Izette Ditahan SPRM


AHLI Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin hari ini mengesahkan bahawa beliau dan isterinya telah disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah.

Bung Moktar memberitahu The Malaysian Insight, beliau dipanggil pegawai SPRM di Kota Kinabalu sementara isterinya pelakon drama terkenal, Zizie Ezzete, dipanggil bagi memberi keterangan di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen yang terkenal dengan kelantangannya di Dewan Rakyat serta isterinya itu disiasat selama beberapa jam oleh pegawai SPRM. Mereka berdua kemudian dibebaskan.

“Saya dipanggil ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu dan isteri saya di Kuala Lumpur.

“Saya dibebaskan selepas disoal siasat dan mereka akan meneruskan pertuduhan ke atas saya di mahkamah Kuala Lumpur Jumaat ini,” katanya.

Sattu kenyataan SPRM juga mengesahkan agensi itu mendapat izin untuk mendakwa Bung Moktar dan Zizie pada hari tersebut.

Kedua-duanya akan didakwan mengiktu Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009

Difahamkan kes tersebut berkaitan dengan peranan Bung Mokhtar ketika menjadi pengerusi Felcra.

Sumber SPRM memberitahu The Malaysian Insight, siasatan melibatkan dakwaan rasuah berjumlah jutaan ringgit.

“Ya, ahli Parlimen itu adalah pengerusi sebuah agensi kerajaan ketika BN adalah kerajaan persekutuan,” kata sumber tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki juga mengesahkan kedua-duanya ditahan hari ini lapor The Malaysian Insight

Dalam masa yang sama Harian Metro melaporkan..

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya menahan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A Samad hari ini.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan Bung Moktar ditahan 10.50 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah manakala Zizie Izette ditahan di pejabat SPRM Putrajaya 11.15 pagi tadi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah membabitkan FELCRA.

“SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan Zizie Izette di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei ini.

“Bung Moktar dan Zizie Izette bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

“Mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Anonymous
May 2, 2019 at 5:51 PM delete

Kes rasuah nobita mcm mana pulak yer???

Tak sangka gaya mrk mcm gaya peeM ke4. Rakan dan kroni terlepas dan lawan akan ditumbang serta diaibkan habis2an. Semoga diberkati usaha ko atok dlm memerangi rasuah.
Harap tiada lagi #daddykasi...

Reply
avatar
May 4, 2019 at 8:14 AM delete

UMNO akan mampus kat Sabah la wei! Fixed deposit dah jadi hutang lapok. Cepat2 lah bagi UMNO ni mampos! Penyamun tak elok di biarkan dok lepak2 dan masih bebas menipu dan memfitnah! Hopefully dgn IGP baru yang tegas, jujur serta berani kerana benar, penyamun2 akan disumbat dalam jel!

Nick.
Cape Tiger.

Reply
avatar
May 4, 2019 at 7:25 PM delete

افضل شركة لرش مبيدات بالرياض فنحن نقدم خدماتنا المتميزة في رش المبيدات الى المنازل والفلل والمحلات التجارية والفنادق المختلفه حيث تعتمد الشركة على مجموعه من المبيدات الآمنه والفعالة والموثوق فيها بإعتماد وزارة الصحة السعودية.
شركة رش مبيدات شمال الرياض _ شركة رش مبيدات جنوب الرياض _ شركة رش مبيدات شرق الرياض _ شركة رش مبيدات غرب الرياض

لذلك تحرص شركتنا ارخص شركة مكافحة حشرات بالرياض كأفضل الشركات الموجودة فى الرياض على التخلص من جميع الأفات الشرسه مثلا الفئران وغيرها من القوارض التى من الممكن ان تكون سبب فى تدمير اغراض اى منزل او قد تسبب بعض الامراض اونقلها.
شركة مكافحة حشرات شرق الرياض _شركة مكافحة حشرات غرب الرياض _شركة مكافحة حشرات شمال الرياض _ شركة مكافحة حشرات جنوب الرياض

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive