Anwar Rayu Putrajaya Pertimbang Beri Duit Raya Pada Peneroka


Anwar Ibrahim merayu kerajaan mempertimbangkan pemberian wang tunai kepada peneroka Felda bagi membantu meringankan beban kewangan golongan itu, sehari selepas Putrajaya mengumumkan 112,635 tidak akan menerima sebarang duit raya tahun ini.

“Mungkin kita boleh ringankan beban mereka dengan sedikit bantuan atau elaun kepada peneroka yang mengalami kesusahan di bulan Ramadan dan akan menyambut hari raya,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu kepada pemberita hari ini, selepas mempengerusikan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus di Parlimen hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.

Minggu lepas, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan buat masa ini tidak berhasrat untuk memberikan bantuan kepada peneroka, berikutan kedudukan semasa kewangan negara yang kurang memberangsangkan.

Keutamaan kerajaan kini ialah memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri, katanya.

Sebelum ini, Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) meminta agar kerajaan menyampaikan bantuan sempena sambutan Aidilfitri kepada peneroka Felda susulan pendapatan peneroka yang tidak stabil mengikut harga komoditi kelapa sawit semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya pemberita semalam meminta perkara itu dirujuk kepada Azmin.

Anwar berkata dia memahami pandangan Azmin dalam hal penyediaan bantuan kewangan itu.

“Tetapi apabila kita turun padang bertemu peneroka, hal itu antara isu yang timbul dan kebimbangan mereka boleh dirasai. Mereka menanggung di bulan Ramadan.

“Saya rasa tidak apa kalau kita beri sedikit pun.”

Sebelum ini Free Malaysia Today telah melaporkan Perdana Menteri memberitahu beliau tidak mengetahui status terkini bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui di sini selepas mesyuarat Majlis Kewangan Negara berkata, pihaknya tidak membincangkan perkara itu dalam mesyuarat berkenaan.

Namun kata beliau, terdapat banyak perbincangan pada pertemuan yang lain untuk mencari jalan bagi membantu kewangan dan kelangsungan Felda.

Berhubung “elaun khas” Hari Raya itu, Dr Mahathir berkata, perkara itu boleh dirujuk kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

“Pegawai kerajaan kita bagilah. Tapi saya tak tahulah mereka ini (peneroka) pegawai atau tidak.

“Yang itu pergi tanya Azmin,” katanya dalam satu sidang media di bangunan Kementerian Kewangan

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Rabu lalu, Azmin berkata kerajaan tidak membuat apa-apa keputusan berhubung pemberian “duit raya” kepada peneroka Felda susulan keadaan kewangan negara yang dibebani pelbagai hutang.

Sebaliknya, kata Azmin, keutamaan kerajaan kini ialah untuk memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri.

Laporan penuh sila baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
HBM
May 28, 2019 at 4:40 PM delete

tak salah bagi pd peneroka atau nelayan atau semua rakyat malaysia.....kalau 32 juta rakyat...seorng rm200 ...bermakna 6.4 bil setahun....bole jer kalau ada duit lebih...masalahnya sampai bila nk bagi peneroka duit..??..sedangkan duit felda negatif..

Reply
avatar
Anonymous
May 28, 2019 at 4:46 PM delete

pujuk rayu kepalo jubo jugak nak bagi assmin settel kan duit raya peneroka


kikikiki..

Reply
avatar
I
May 28, 2019 at 6:47 PM delete

Bahasa menunjukkan bangsa. Patutlah ko kalah pru lalu...

Reply
avatar
Anonymous
May 29, 2019 at 12:02 PM delete

Peneroka2 feldalah yg paling kuat sokong umno/bn dan menentang PR dan PH. Hasilnya mrk ditipu oleh kepala penyangak umno spt najib dan isa samad. Brp harga saham fgv skrg? Apa yg najib janjikan ttg harga saham? Bila nak sedar diri? Kenalilah siapa musuh atau kawan kamu yg sebenar. Jgn mudah sgt ditipu oleh musang berambut hitam(atau putih mcm najib)

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive