Akmal Nasir Pertahan Tindakan Berbuka di Gurdwara Sahib


Walaupun mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak menyebabkan beliau mendapat kecaman di alam maya Akmal Nasrullah Mohd Nasir tetap meneruskan majlis buka puasa di Gurdwara Sahib.

Menerusi laman media sosial Facebook beliau, Akmal Nasrullah meluahkan isi hatinya mengenai kontroversi yang timbul rentetan majlis berbuka puasa itu.

Berikut merupakan kenyataan penuh Akmal..

PERSAHABATAN DENGAN BUKAN ISLAM

Tindakan saya untuk memenuhi undangan jemputan ke Gurdwara daripada komuniti Sikh di bandar raya Johor Bahru semalam menimbulkan pelbagai reaksi.

Walaupun program ini pada asalnya bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kita meraikan kepelbagaian dalam masyarakat, ianya menimbulkan perbincangan dan kecaman yang meluas di laman-laman media sosial dan kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Mungkin kurangnya usul periksa atau kekhilafan dari segi penyampaian seperti adu domba oleh gerakan maya pembangkang ‘Ops Johor’ yang terkenal sebagai medium penyebaran kebencian perkauman dan agama menyebabkan isu sebegini mudah ditularkan dan dikaitkan dengan sensitiviti masyarakat.

Saya terima nasihat, teguran dan peringatan dengan hati terbuka daripada pimpinan agama, saudara-mara, sahabat dan orang ramai. Malah saya amat bersyukur dengan panduan yang diberikan.

Manakala segala tohmahan, cacian dan kata-kata kesat hanyalah menggambarkan betapa rendahnya keperibadian mereka.

Tindakan mereka ini sekadar memperkuatkan keyakinan saya dengan usaha yang saya cuba lakukan.

Saya hargai sokongan rakan-rakan yang faham mengenai keperluan untuk kita mengangkat kebenaran dan mendidik masyarakat.

Maka saya kongsikan pandangan dan pengalaman yang berlaku semalam sebagai rujukan bagi menggalakkan lagi hubungan baik sesama rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Apabila program Iftar Muhibbah ini tiba-tiba hangat diperkatakan, saya telah menulis di Facebook bagi memberi sedikit gambaran mengenai Gurdwara berdasarkan apa yang berlaku tahun lepas.

Saya terangkan inisiatif yang telah dibuat oleh komuniti Sikh sebelum ini yang menyebabkan saya bersetuju untuk hadir ke Gurdwara buat kali yang kedua.

Ternyata dalil-dalil dan hujah-hujah agama tidak meletakkan halangan kepada umat Islam untuk menghormati agama lain dan mengharuskan kunjungan ke rumah ibadat mereka dengan tujuan yang murni.

Namun, saya tetap merasakan saya bertanggungjawab agar mereka yang turut serta dalam program ini terutamanya di kalangan Muslim terpelihara dari segi perbuatan atau mengelak dari perkara-perkara yang meragukan.

Walaupun ada Fatwa yang menyebut hukumnya makruh mengerjakan ibadah di rumah ibadat lain (maksudnya boleh dibuat), tetapi saya juga perlu peka dan sebagai seorang pemimpin tempatan sudah pasti gerak-geri saya bukan saja dinilai dan diperhatikan tetapi juga boleh menjadi ikutan.

Bagi Iftar Muhibbah tahun lepas, saya sebenarnya telah menyertai qariah Masjid Bulatan, Kg Melayu Majidee untuk Majlis Khatam Quran, berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah sebelum saya ke Gurdwara bagi memenuhi undangan mereka.

Mereka yang suka tuduh-menuduh boleh semak dengan qariah Masjid atau rajin-rajinlah bersama mengimarahkan rumah Allah.

Cuma saya menganggap ibadah saya adalah urusan dengan Allah dan saya tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk sebab itu saya tidak ceritakan secara terbuka.

Tetapi dalam konteks ini, saya ceritakan juga untuk elak fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Manakala untuk undangan Iftar Muhibbah tahun ini, saya dapat tiba lebih awal di Gurdwara sekitar jam 6.45 petang bagi menyantuni penganjur, hadirin dan pihak media sebelum saya menyeberangi jalan raya ke Kompleks Kotaraya@Galleria bagi berbuka puasa di Masjid An-Nur Kotaraya (rujukan: https://www.facebook.com/593529354077239/posts/2266229873473837)

Selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid An-Nur Kotaraya, saya kembali semula ke Gurdwara untuk makan bersama dan meraikan tuan rumah dan tetamu mereka.

TAKUT DENGAN KEBAIKAN

Sementara penganjur bertungkus-lumus mempersiapkan majlis, mereka juga faham dan menghormati permintaan saya untuk berbuka dan solat Maghrib di Masjid terlebih dahulu sebelum makan bersama.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Kotaraya@Galleria dan Masjid An-Nur yang tampil memudahkan kami untuk berbuka puasa.

Toleransi sebegini jarang-jarang diceritakan.

Dalam berhadapan dengan masyarakat berbilang bangsa, masyarakat Melayu Islam sering didambakan dengan pemikiran seperti:-

Kita perlu takut akidah kita tergugat.

Kita perlu sangsi dengan mereka bukan Islam yang cuba menggugat kepercayaan kita.

Walaupun mereka cuba melakukan kebaikan, sudah pasti mereka mempunyai agenda tersembunyi.

Begitulah sensitiviti dan sentimen yang telah ditanam dalam masyarakat kita.

Diakui bahawa sikap berwaspada dan berjaga-jaga perlu ada, namun kita perlu ada keyakinan dengan kemampuan diri kita yang boleh dipupuk melalui kepercayaan, ilmu dan amalan.

Sebagai orang Islam, kita wajib berpegang teguh kepada agama kita.

Sebagai rakyat Malaysia pula, kita perlu bersikap jujur bahawa kita hidup dalam masyarakat majmuk.

Pandanglah mereka yang bukan beragama Islam dari sudut sesama manusia.

Kebaikan yang dibuat wajarlah disambut dengan kebaikan.

Provokasi dan sentimen perkauman hanya akan melemahkan kita semua sebagai sebuah negara.

Menghormati dan memahami antara satu sama lain membolehkan kita bukan sahaja mewujudkan suasana yang harmoni tetapi juga mengenali diri kita sendiri dengan lebih dekat.

Sikap sebegini tidak boleh dibeli tetapi perlu diusahakan dalam diri masing-masing.

Adalah rugi untuk kita sebagai seorang Muslim tetapi tidak berusaha ke arah keperibadian yang terpuji dan melangkaui polemik perkauman.

MASIH BANYAK YANG PERLU DILAKUKAN

Program Muhibbah semalam bukanlah majlis rasmi tetapi kerana tersebar luasnya, ramai yang tampil bagi memudahkan urusan dan saya terharu melihat kesepakatan semua pihak.

Kehadiran pemimpin komuniti muslim berbangsa India daripada Masjid India berdekatan dan komuniti muslim berbangsa Cina dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) untuk meraikan majlis muhibbah adalah amat bermakna.

Mereka menjadi bukti bahawa agama Islam tidak eksklusif kepada mana-mana kaum atau kumpulan, tidak menindas serta tidak memutuskan hubungan silaturahim hatta kini berbeza kepercayaan.

Sementara polemik agama dan perkauman akan terus dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kita seharusnya mempunyai jati diri, prinsip, sahsiah dan nilai-nilai terpuji.

Tidak dinafikan kita perlu sentiasa merujuk kepada alim ulama' dalam hukum-hakam agama.

Kita perlu teliti dan perlu ada kaedah membuat keputusan berdasarkan panduan yang diberikan.

Tetapi saya juga yakin sebagai seorang Muslim di negara ini, kita juga mampu berperanan mengeratkan hubungan sesama rakyat Malaysia.

Sekurang-kurangnya kita semua mempunyai aspirasi untuk mewujudkan masyarakat yang bertoleransi dan saling faham-memahami sementara tegas dalam mengangkat nilai-nilai murni seperti akauntabiliti, menolak rasuah dan salah guna kuasa.

Saya yakin dengan berpandukan keyakinan tersebut, kita mempunyai kekuatan ke arah kesejahteraan masyarakat baik dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Selepas majlis di Gurdwara, saya bergegas ke Masjid Taman Dato’ Onn, Larkin untuk Solat Isyak dan Terawikh bersama dengan penduduk tempatan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
Anonymous
May 30, 2019 at 4:37 PM delete

permintaan saya untuk berbuka dan solat Maghrib di Masjid terlebih dahulu sebelum makan bersama.

nak solat tak perlu minta kebenaran puak kpair

bulan romadhon bukan bulan pesta makan

Reply
avatar
May 30, 2019 at 5:56 PM delete

Benda2 macam ni tak jadi isu kat Eropah, kat UK, kat Amerika. Bila tiada isu2 yang memfitnah dan bersangka buruk kepada non muslim, kita lihat Islam menjadi agama yang paling cepat berkembang di sana tetapi di Mesia ni, masuk islam itu seolah2 masuk melayu malah ada yang lebih songsang berpendapat kalau tak ikut resam dan adat melayu, saudara2 baru belum lagi islam tulen (macamlah melayu2 ni semua dah dapat sijil dari langit untuk mengesahkan islam mereka).

Dan ini lah contoh terbesar kenapa melayu ni yang paling corot untuk membawa non muslim menjadi saudara dalam islam sebab mereka ni perangai macam gangster dan kaki pukul yang bertindak seolah2 Islam tu milik 100% melayu dan bangsa lain tak ori islamnya. Padahal melayu ni lah yang paling haprak islamnya sehingga penyamun dan penunggang agama di sanjung dan diangkat sebagai pemimpin manakala kerja2 hina dan kotor seperti menyamun, merasuah dan salah guna kuasa dianggap kerja2 mulia. Melayu memang gila isim. Tu yang ada dok pakat nak simbah asid dan bakar kereta mufti kononnya untuk dapat pahala perjuangan islam. Gila melayu ni dan memang gila dulu, kini dan selamanya!

Nick.
Cape Tiger.

Reply
avatar
Anonymous
May 30, 2019 at 7:45 PM delete

Nick apa? Nick rima akor aka cape tiger

Reply
avatar
Anonymous
May 30, 2019 at 11:21 PM delete

ingat kata Tok Guru nikky

beri duit ambil.. undi jangan sekali

ajar penipu dengan menipu juga.. nikky aziz yg cakap tu....!!

Reply
avatar
Anonymous
May 30, 2019 at 11:25 PM delete

Permintaan ikut nafsu ke bang? Kalau tak ada dalil dan nas tapi masih mahu haramkan ko dah bawa bidaah. Takkan ajaran Islam dan Allah SWT nak ikut permintaan ko pulak? Bangang. Kahkahkahkahkah.

Reply
avatar
May 31, 2019 at 2:35 PM delete

Setuju part ni...

"Dalam berhadapan dengan masyarakat berbilang bangsa, masyarakat Melayu Islam sering didambakan dengan pemikiran seperti:-

Kita perlu takut akidah kita tergugat.

Kita perlu sangsi dengan mereka bukan Islam yang cuba menggugat kepercayaan kita.

Walaupun mereka cuba melakukan kebaikan, sudah pasti mereka mempunyai agenda tersembunyi.

Begitulah sensitiviti dan sentimen yang telah ditanam dalam masyarakat kita.

Diakui bahawa sikap berwaspada dan berjaga-jaga perlu ada, namun kita perlu ada keyakinan dengan kemampuan diri kita yang boleh dipupuk melalui kepercayaan, ilmu dan amalan.

Sebagai orang Islam, kita wajib berpegang teguh kepada agama kita."

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive