Anwar Kutuk Serangan di Sri Lanka


Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim mengutuk tindakan militan Daesh yang mengaku mengebom beberapa buah gereja dan hotel mewah di Sri Lanka.

Katanya, Islam menentang segala bentuk keganasan, apatah lagi yang menggunakan agama Islam.

“Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam dan mesej kerukunan yang jelas, apatah lagi dalam konteks masyarakat madani dan majmuk.

“Sehubungan itu, saya mengutuk tindakan kejam mereka yang sangat bertentangan dengan penegasan Al-Quran,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Anwar yang juga ketua umum Pakatan Harapan menyeru semua badan-badan Islam untuk berwaspada terhadap golongan fanatik yang memupuk aliran keganasan.

Kumpulan militan Daish semalam mengaku bertanggungjawab melakukan siri serangan bunuh diri yang mengorbankan lebih 320 orang pada 21 April lalu.

Letupan itu telah memusnahkan tiga hotel mewah terkenal dengan pelancong asing dan tiga gereja yang penuh dengan penganut Kristian menyambut Easter.

Pengakuan itu juga disertakan gambar dan rakaman video menunjukkan kumpulan berkenaan sebagai penyerang yang melakukan pengeboman itu.

Mereka mendakwa letupan itu dilakukan sebagai balas dendam kepada serangan di masjid New Zealand baru-baru ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73369

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive