Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang


ANWAR Ibrahim sekali lagi berkata beliau tidak sedia memikul tanggungjawab sebagai menteri kewangan sekarang, jika jawatan itu ditawarkan kepadanya, kerana keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan.

“Jika saya ditawarkan menjadi menteri kewangan sekarang saya tidak mahu jadi kerana tidak seperti dulu (ketika) kita ada banyak dana,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dulu dari 10 % sekarang 4.5 %,” katanya semasa melancarkan Tabung Bantuan Pelajar Antarabangsa Abu Sulayman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, hari ini.

Anwar merujuk pada pertumbuhan KDNK ketika beliau menteri kewangan antara 1991 dan 1998.

Anwar, yang dinamakan sebagai pengganti perdana menteri, sebelum ini dilaporkan menyebut perkara yang sama kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Anwar, kekangan kewangan negara sekarang juga antara sebab kenapa Lim hanya mampu memberi jawapan standard jika ada pihak memohon peruntukan disalurkan.

“Jawapan yang hanya diberi Lim Guan Eng ialah kita akan lihat dulu, tidak boleh lulus sekarang kerana kita pertimbangkan dulu.

“Ini adalah jawapan yang standard, kerana kita ada masalah kewangan,” katanya.

Sempena pelancaran tabung pelajar itu, Anwar menyerahkan replika cek berjumlah RM1 juta sumbangan Prof Emeritus Dr Abdul Hamid A. Abu Sulayman, yang juga bekas Rektor kedua UIAM.

Dana tersebut akan digunakan untuk memberi elaun kepada pelajar antarabangsa di universiti tersebut antara RM500 hingga RM1,000 sebulan lapor The Malaysian Insight

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
April 24, 2019 at 5:32 PM delete

PANTEK LA KAU NUAR BERAHIM BYK CANTEK PANTEK MU. BULEH PULAK MEMILIH TIME BILO DIO NAK JD MoF.

EKSEN..

Time ekonomi cantek yo dio nak jawatan. Time huru hagho ,tak nak.

NI YG BUEK.LGE BEBULU NI..

ELOK CILI AN YO KOTE DIO TU,,

MENGADO NGADO. MENUTUH TAK HINGAT DUNIO

Reply
avatar
Anonymous
April 24, 2019 at 9:09 PM delete

Statement macam HARAMJADAH, kaki PENIPU!!! Hari ni dapat Putrajaya esok minyak turun, betul2 MUNAFIK ni.

Reply
avatar
Anonymous
April 24, 2019 at 9:55 PM delete

salah sorang dari tong tu jugak
tak kemana pung

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,

dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

dan orang-orang yang menunaikan zakat,

dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,

dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

(yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Reply
avatar
I
April 25, 2019 at 3:55 AM delete

Komen dari pencacai yg kalah tu tak perlu tulis kat sini. Rasanya keadaan kehidupan sekarang jauh lebih baik dati zaman bossmu memerintah....

Reply
avatar
Anonymous
April 25, 2019 at 7:36 AM delete

Knp negara ada masalah aliran tunai? Sbb geng bodo yg menukar gst kpd sst. Gst akan dpt collect cukai setiap bulan dan cukai yg telus tak boleh tipu sedangkan sst adalah cukai tahunan dan ramai peniaga yg larikan cukai. Dah la mcm tu, jumlah kutipan cukai juga berkurang sedangkan harga barang tak juga menurun. Nampak tak bodonya kabinet mahathir skrg? Cerdik tak boleh diikut, bodo tak boleh diajar.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive