KJ Senaraikan Tiga Pencapaian Terbaik Kerajaan PH


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga pencapaian kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang tempoh pemerintahan parti tersebut yang sedang menginjak satu tahun pentadbiran.

Pengurus AmBank Sahkan Ada RM2.6 Bilion Dalam Akaun Najib


AKAUN peribadi Najib Razak menerima RM2.6 bilion antara 2011 dan 2013, kata pengurus AmBank R Uma Devi yang memberi keterangan pada perbicaraan SRC International melibatkan bekas perdana menteri itu.

Sokongan Kepada Kerajaan Merosot Selepas PRU14 - Merdeka Center


TAHAP sokongan rakyat kepada kerajaan dan pimpinan di Putrajaya kini merosot, kata Merdeka Center, hampir setahun selepas mandat melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengangkat Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Kekal Kuota 90% Bumiputera Untuk Kurang Kebimbangan Melayu - Anwar


Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan Putrajaya mengekalkan 90% kuota Bumiputera dalam program matrikulasi Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan kebimbangan kaum itu selepas kerajaan menambah jumlah pelajar bagi kursus itu.

Anwar: Kritik Di Media Sosial Jika Kami Angkuh


Presiden PKR menggesa warga Malaysia menggunakan media sosial untuk menegur pemimpin politik yang mengeluarkan kenyataan bersifat angkuh.

FGV Nafi Rancang Akan Buang 6,000 Pekerja


Hanya kerana mahu menghakis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan, Najib Razak tanpa usul periksa telah berkongsi satu laporan yang tidak benar.

Anwar Kutuk Serangan di Sri Lanka


Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim mengutuk tindakan militan Daesh yang mengaku mengebom beberapa buah gereja dan hotel mewah di Sri Lanka.

ECRL : Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya Dibatalkan


Malaysia dilihat tidak mempunyai pilihan lain dan perlu meneruskan projek East Coast Rail Link (ECRL) bagi menjaga hubungan diplomatik dengan China.

Wanita, Punca Kegiatan Rasuah Pegawai JPJ Pulau Pinang Terbongkar?


Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah boleh menyalahkan seorang wanita yang terluka kerana menyebabkan mereka berdepan masalah dengan undang-undang, kata sumber yang rapat dengan penyiasatan yang sedang berjalan.

50 Lagi Penguatkuasa JPJ Dijangka Ditahan SPRM


Sticker atau pelekat. Itu pengenalan mudah digunakan pemilik syarikat lori kepada anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melepaskan kenderaan berat itu tanpa melakukan sebarang pemeriksaan.

24 Anggota JPJ Direman Tujuh Hari


SERAMAI 30 lelaki termasuk 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri direman tujuh hari sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melindungi pemandu ‘lori kebal’ yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini.

Kroni Siapa Bekalkan Jentera Bomba Cap Ayam ni?


Kegagalan pembekal menyediakan reka bentuk dan pemasangan peralatan mengikut spesifikasi sepatutnya dipercayai punca utama jentera pemadam kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dibeli pada 2007, 2010 dan 2014 ‘tersadai’.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive