Anwar Sedang Bersiap Untuk Rebut Jawatan PM?


Seorang penganalisis politik menyuarakan keyakinan bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim sedang mempersiapkan diri untuk merebut jawatan perdana menteri, bukannya menunggu Dr Mahathir Mohamad menyerahkannya kepada beliau.

PKR Jangan Jadi UMNO - Anwar


Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti itu supaya tidak mengkhianati semangat perjuangan reformasi selain terus komited merealisasikan janji untuk membawa budaya politik baharu iaitu matlamat tidak menghalalkan cara dan kaedah yang salah.

Anwar Ramal Dirinya Jadi PM Ke-8 Tahun Depan


Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad tahun depan.

Tak Jadi Masaalah Azmin Hadir Acara PPBM, Kata Anwar


Kehadiran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada program anjuran PPBM baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti namun ia bukan satu isu bagi presidennya, Anwar Ibrahim.

Jual MyKad : Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa


Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan seorang lelaki bergelar Datuk antara enam lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown di sini semalam atas 32 pertuduhan melibatkan sindiket penjualan dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran kepada warga asing palsu dan diubah suai.

Jual MyKad : Kerana Senyum Segalanya Kantoi...


MELANTIK ejen dan mengenakan bayaran RM50,000 hingga RM100,000 kepada mana-mana warga asing mendapatkan MyKad dan menjadikan mereka warganegara Malaysia.

Jho Low Antara Pencatur Politik Najib?


Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah antara pencatur politik Najib dan penglibatannya tidak terbatas kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anwar Nasihat Farhash Supaya Jumpa Polis


Presiden PKR, Anwar Ibrahim menasihatkan setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak supaya berjumpa dengan polis berhubung dakwaan dia terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars di Ampang, Kuala Lumpur malam 31 Ogos lalu.

Lebih 1,000 Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mejar Zahir


5 Sept ― Suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, apabila jenazah Allahyarham Mej Mohd Zahir Armaya, tiba di masjid itu untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.

'Duit 1MDB Lah Bro....'


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan merujuk kepada duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DAP Beri Kewarganegaraan?.. Hentilah Perbodohkan Rakyat..


Laskar (tentera upahan) siber pembangkang disaran berhenti menimbulkan ketegangan kaum lewat fitnah kononnya pemimpin DAP memberi kewarganegaraan kepada rakyat China melalui pendaftaran beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rusuhan Bersenjata: Ini Jawapan SetPol Anwar


Sebelum ini BERNAMA melaporkan Polis meminta Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tampil membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan yang berlaku dekat sebuah kompleks sukan di Ampang, Sabtu lalu.

Econsave Jadi Mangsa Fitnah..


Pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) semalam membuat laporan polis terhadap beberapa akaun Facebook yang dipercayai menyebarkan fitnah mendakwa pasar raya itu tidak menjual produk-produk Muslim dan Bumiputera.

Ekonomi Malaysia Tertinggal Jika ‘Bergelut’ Isu Perkauman


Penganalisis ekonomi memberi amaran bahawa masa hadapan Malaysia akan menjadi tidak menentu sekiranya terus bergelut dan berantakan dengan isu perkauman.

Peralihan Kuasa Kabur Runsingkan Komuniti Perniagaan


Pelan peralihan kuasa di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih belum jelas merunsingkan komuniti perniagaan dan pelabur.

PRU15 PH Mungkin Kalah?


Dua ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersetuju dengan penilaian pakar startegi PPBM Rais Hussein bahawa gabungan kerajaan itu akan kalah sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang dengan berkata, ini kerana PH gagal menunaikan janjinya dan melaksanakan pembaharuan asasi. 

PH Perlu Fokus Lima Perkara Jika Mahu Kekal Sebagai Kerajaan..


Pakatan Harapan (PH) perlu fokus kepada lima perkara yang menjadi isu utama dalam negara, sekiranya parti pemerintah itu mahu mengekalkan kedudukannya sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.

Anwar Sokong Keputusan Mahathir Tidak Hantar Pulang Zakir Naik Ke India


Presiden PKR Anwar Ibrahim menyokong keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menghantar pulang pendakwah Dr Zakir Naik ke India, walaupun didesak beberapa pihak termasuk pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH).

Tiada Bukti Kerajaan PH Amal Liberalisasi Agama


Kebelakangan ini NGO-NGO pro pembangkang melabelkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) diresapi agenda liberalisasi agama dan kristianinasi.

Sebenarnya.. Anwar tidak dijemput, bukan enggan hadir bertemu PM


Tuduhan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan hadir menyuarat bersama ketua-ketua parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain adalah tidak benar.

Kerjasama Umno – Pas, Sokongan Merudum?


Di atas kertas kerjasama Umno – Pas yang akan dimeterai secara rasmi pada 14 September ini bakal merampas 30 kerusi parlimen Pakatan Harapan yang mana jumlah undi kedua-dua parti jika dicampurkan akan menghasilkan pemenang baharu.

Op Blue Devil: Pegawai Berpangkat Superintendan Turut Ditahan


Op Blue Devil terus diperhebatkan dengan penahanan seorang pegawai polis berpangkat Superintendan yang positif dadah malam tadi, menjadikan jumlah terkini sebanyak 112 orang anggota termasuk pegawai polis yang dikesan terlibat dengan aktiviti dadah.

ADUN Tronoh Didakwa Merogol Amah


PENGERUSI Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, Paul Yong Choo Kiong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia 7 Julai lalu.

Kek 'PM ke-8': Kerja Kaki Bodek Lah Tu....


“Semua yang berlaku samada kek, dibuat orang persendirian dan orang parti peringkat bawah, pemimpin yang kecil. Mungkin (dia) merasa teruja... Mungkin dia dengar perdana menteri (seterusnya) adalah Datuk Seri Anwar seperti mana yang diumumkan.

1MDB: Perbicaraan Ditunda


Perbicaraan Najib Razak atas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang membabitkan dana 1MDB yang sepatutnya bermula hari ini, ditunda buat sementara waktu ke 26 Ogos ini.

Zakir Naik Langgar Syarat PR Jika Ceramah Isu Politik


Hubungan harmoni antara kaum di Malaysia tidak ada galang gantinya dan tidak boleh dirosakkan oleh sesiapa pun, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

UMNO-PAS Setuju Tak Bertanding Sesama Sendiri Dalam PRU-15


Dianggap antara persetujuan terbesar antara PAS dan UMNO, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan status quo kerusi yang dimenangi kedua-dua parti dikekalkan. 

Anak Najib Dituntut Bayar RM37.6 Juta


Di tengah-tengah usaha kerajaan mendapatkan semula RM1.69 bilion cukai pendapatan yang masih belum dibayar bekas perdana menteri Najib Razak, anaknya Mohd Nazifuddin dihadapkan dengan saman tuntutan cukai berjumlah RM37.6 juta.

UMNO Hapus Tulisan Jawi, PH Kena Maki?


Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada bahasa Melayu pada 1966.

Jangan Persoal Janji Peralihan Kuasa


Janji peralihan kuasa yang terkandung dalam dokumen bersama ditandatangani oleh 4 parti komponen Pakatan Harapan dan diumumkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) pada 2018 lalu adalah muktamad dan tidak perlu diungkit berulang-ulang kali.

Peralihan Kuasa PM: Jangan Ikut Rentak UMNO, PAS


Polemik isu peralihan kuasa di antara Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya dihentikan segera.

Demi Tuhan Aku Bersaksi : Ini Penjelasan RTM


KONTROVERSI membabitkan drama Demi Tuhan Aku Bersaksi yang didakwa seolah-olah menyindir dan memperlekeh institusi sekolah tahfiz hangat diperdebatkan sejak minggu lalu.

Rakyat Dah Meluat Isu Siapa Ganti PM


Kenyataan berulang kali berkaitan isu tempoh jawatan Perdana Menteri hanya akan membuatkan rakyat berasa ‘meluat’, demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bekas Setiausaha Agung UMNO Dituntut Jelaskan Cukai RM57.167 Juta?


Selain dari didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan yang juga Bekas SU Agung UMNO dilaporkan berhadapan tuntutan cukai sebanyak RM57.167 juta dari Kerajaan Malaysia.

Kenapa PAS Lebih Sedia Terima Dr M Sebagai PM Berbanding Anwar?


Anggapan bahawa Anwar Ibrahim lebih mudah dipengaruhi oleh pihak di luar PKR adalah salah satu sebab kenapa PAS lebih cenderung menerima Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri hingga pilihan raya umum akan datang, kata seorang pemimpin kanan parti Islam itu.

Saya Sudah Berjanji Letak Jawatan, Kata Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sokongan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar beliau perlu diberi peluang memimpin kerajaan hingga ke akhir penggal adalah pendapat peribadi pemimpin itu.

Anwar PM Jangka Pendek Jika....


Seorang penganalisis politik menjangkakan Presiden PKR Anwar Ibrahim akan berdepan masalah dalam memegang jawatan sebagai perdana menteri sekiranya Dr Mahathir Mohamad menunggu terlalu lama sebelum menyerahkan kuasa kepada beliau.

Setelah Teruk Dikecam.. Senator Tarik Balik Cadangan Akta Lindungi Lelaki Dari Godaan Wanita


Semalam seorang Pesara tentera laut yang kini dilantik sebagai Senator dari PKR Mohd Imran Abd Hamid telah mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.

Keghairahan Anwar Tidak Melayakkannya Ganti Tun M?


Perkembangan politik semasa menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak yakin Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang layak menjadi perdana menteri dalam waktu yang terdekat.

<!--more->Jelas pemerhati politik Dr Salawati Mat Basir, selaku Timbalan Presiden parti itu Azmin cukup mengenali Anwar dan mengetahui sikapnya.

Perkara ini menjadikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kini lebih berpihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Azmin lebih melihat Tun M lebih daripada Anwar sebagai Perdana Menteri. Azmin tidak berpihak kepada Anwar untuk jadi Perdana Menteri walaupun mereka suatu masa dulu sangat rapat,” katanya.

Bukan sahaja Azmin, malah pemimpin-pemimpin dalam parti itu juga menurut Salawati sudah tentu mengenali Anwar, dan ia terbukti apabila PKR meskipun tidak dikatakan secara terbuka, terbahagi kepada dua kumpulan.

“Mereka tahu siapa Anwar. Kini mereka (PKR) berkumpulan yang berpecah,” tambahnya.

Selain itu ujar Salawati, tindak tanduk Anwar kini yang dilihat semakin tidak sabar untuk mendapatkan jawatan itu, membuktikannya belum bersedia kerana negara memerlukan perdana menteri yang lebih tenang menghadapi pelbagai isu membabitkan kepentingan negara.

Justeru tambah pensyarah undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu lagi, demi hala tuju negara, jalan terbaik adalah memberikan ruang untuk Tun M mentadbir selama sepenggal.

“Bukan untuk motif politik tapi hala tuju negara, kita lebih bersetuju Tun M dibenarkan sepenggal ini kemudian ada pilihan raya kita pilih orang lain.

“Anwar beria-ia tindak tanduknya, caranya bercakap, apa yang dicakapkannya sekarang jelas tidak sabar-sabar untuk ke Sri Perdana. Anwar belum lagi layak jadi perdana menteri. Keghairannya berbahaya, pada saya orang seperti ini boleh ditipu oleh musuh.

“Perdana Menteri tidak boleh ghairah, tetapi sepatutnya tenang, meneliti isu serantau,” kata beliau lagi. - MalaysiaGazette

Nasihat Kak Wan Buat Azmin


Bekas presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan Timbalan Presiden Azmin Ali dan pimpinan PKR lain supaya mencontohi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang masih mementingkan urusan parti walaupun sibuk.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive