Monday, November 12, 2018

Rosmah dijangka didakwa lagi minggu ini


ROSMAH Mansor dijangka berdepan pertuduhan baharu minggu ini melibatkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah di pendalaman Sarawak, kata sumber.

Isteri bekas perdana menteri itu pada 4 Oktober lalu sudah dikenakan 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai, pertuduhan yang berkait dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan, dan dikenakan ikat jamin RM2 juta dengan dua orang penjamin.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu The Malaysian Insight yang Rosmah dan pembantunya, Rizal Mansor dijangka didakwa minggu ini.

Projek solar hibrid tersebut menjadi tumpuan awam Jun lalu, selepas portal terkenal Sarawak Report melaporkan yang projek itu dianugerahkan kepada syarikat berpengkalan di Bintulu, Jepak Holdings Sdn Bhd.

Susulan laporan tersebut, seorang pengarah syarikat, pengarah urusan dan peguam ditahan SPRM untuk membantu siasatan.

Julai lepas, Rizal ditahan SPRM kerana didakwa menerima suapan daripada Jepak Holding berkaitan projek tersebut.

Minggu lalu, Najib dipanggil ke ibu pejabat agensi anti rasuah itu untuk diambil keterangan berkaitan skandal tersebut. Turut disoal siasat ialah bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid lapor The Malaysian Insight.

Berapa kes pulak dia nak kena kali ni??

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah menghadapi 17 tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM7 juta.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Bagaimanapun, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram dengan cara membenarkan kemasukan wang RM7 juta ke dalam akaun bank miliknya serta lima lagi pertuduhan kerana gagal membuat penyata pendapatan.

Mahkamah kemudian membenarkan Rosmah dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dan diminta menyerahkan dua dokumen perjalanan miliknya kepada mahkamah.

Manakala, siasatan SPRM ke atas Rizal pula kerana cuba mendapatkan wang daripada syarikat yang terbabit dalam projek pemasangan sistem solar hibrid berkenaan.

Sebelum ini, SPRM turut menahan beberapa individu termasuk pengarah, pengarah urusan serta peguam yang mempunyai kaitan dengan projek berkenaan.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails