Friday, September 14, 2018

Setelah RM2.97 Billion Disahkan Masuk Akaunnya Najib Cuba Perbodohkan Rakyat Lagi..


Setahun atau dua tahun yang lepas ada seorang Pemimipin UMNO yang menjadi Timbalan Menteri berkata adalah amat bodoh bagi seorang Perdana Menteri memasukkan wang yang sangat besar jumlahnya ke dalam akaunnya sendiri.

Bagaimanapun hari ini setelah tumbangnya Barisan Nasional dan Najib dianggap sebagai liabiliti kepada Barisan Nasional hinggakan tak dijemput langsung untuk membantu kempen dalam 3 PRK yang baru berlangsung ternyata akhirnya.. Perdana Menteri tersebut sememangnya bodoh.



Malangnya walaupun setelah disahkan oleh pihak Polis bahawa RM2.97 Billion sebenarnya telah masuk ke dalam akaun Najib, Najib masih cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan alasan baru yang tidak pernah dinyatakannya sebelum ini..

Sebelum ini sekitar Ogos 2015 Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang juga seorang Pemimpin dari UMNO memberikan 3 alasan kenapa Najib terima RM2.6 Billion.

Katanya, sebab pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global. 

" Malayisa yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis), serta keganasan lain.

"Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar. "...

Dan yang ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno.

Manakala Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, wang berkenaan diperlukan bagi menyaingi kekuatan pembangkang yang menguasai dua negeri terkaya di Malaysia iaitu Pulau Pinang dan Selangor serta turut menerima sumbangan daripada luar negara kononnya..

Alasan terbaru Najib hari ini pula ialah kononnya dia bimbang bahawa peristiwa "916" (16 September 2008) besar kemungkinan akan berulang pada PRU13.

>Peristiwa 916 ialah percubaan yang gagal Pakatan sejurus selepas PRU12 untuk membeli dan mempengaruhi berpuluh-puluh ahli-ahli parlimen BN untuk melompat ke Pakatan bagi menjatuhkan kerajaan BN, jadi dia pun pinjamlah...

Baca ni..

Saudara-saudari, ingatkah anda akan poster "Di mana RM2.6b" yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan termasuk di Dewan Negara dan demonstrasi BERSIH tak lama dulu? 
Hari ini, saya tunjukkan kepada anda bukti bahawa semua RM2.6b sudah dipulangkan selepas 4 bulan saya menerimanya. 
Mengapa pula mahu menerima wang sebanyak itu di dalam akaun peribadi tetapi tidak digunakan dan kebanyakannya dikembalikan? 
Yang dimaksudkan RM2.6 bilion sebenarnya merujuk kepada dana US$681 juta yang saya terima di dalam akaun peribadi saya pada akhir bulan Mac 2013 - iaitu kira-kira sebulan sebelum PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013. 
Seperti pernah diulas beberapa kali sebelum ini, saya diamanahkan mengikut perlembagaan parti untuk mencari sumbangan dan mengurus wang parti secara peribadi dan secara khusus. 
Seperti kebanyakan orang lain, saya ada beberapa akaun peribadi di bank-bank berlainan dan akaun peribadi yang menerima dana ini bukanlah akaun untuk kegunaan peribadi setiap hari tetapi bagi kegunaan aktiviti politik. 
Analisa-analisa sebelum PRU13 menunjukkan bahawa BN mungkin kehilangan lebih banyak kerusi parlimen berbanding PRU12. Saya menghadapi pilihanraya yang agak mencabar dan membimbangkan. Saya juga menerima beberapa laporan bahawa setelah mentadbir Selangor dan Pulau Pinang sejak PRU12, Pakatan sudah mengumpul dana yang besar dari sumber dalam dan luar negara. 
Oleh itu, saya bimbang bahawa peristiwa "916" (16 September 2008) besar kemungkinan akan berulang pada PRU13. 
Peristiwa 916 ialah percubaan yang gagal Pakatan sejurus selepas PRU12 untuk membeli dan mempengaruhi berpuluh-puluh ahli-ahli parlimen BN untuk melompat ke Pakatan bagi menjatuhkan kerajaan BN. 
Walaupun pergolakan "Arab Spring" sudah berakhir pada bulan Disember 2012, tetapi pada awal tahun 2013, saya sekali lagi meminta Raja Arab Saudi untuk membantu dengan dana "contingency". 
Baginda bersetuju. Saya membuat keputusan untuk tidak meminta dana dari ahli perniagaan dan taikun tempatan sebagaimana dilakukan PM ke-4 kerana tahu jika berbuat demikian maka mereka akan meminta balasan projek yang bernilai jauh lebih tinggi. Saya tidak bersetuju dengan amalan kronisme. 
Oleh itu,, Putera Abdulaziz Al-Saud sekali lagi menulis surat kepada saya pada 1 Mac 2013 bahawa dana sebanyak US$800 juta (yang saya terima tidaklah sampai US$800 juta) akan disalurkan kepada saya secara berperingkat-peringkat untuk tahun itu. 
Di dalam surat itu, Putera Abdulaziz Al-Saud menyatakan dana ini akan disalurkan samada dari akaun bank baginda ataupun dari sumber-sumber pihak baginda yang lain termasuk syarikat Tanore. 
Mengikut dakwaan DOJ dan WSJ, wang dari syarikat Tanore secara tidak langsung dan berlapis-lapis ini ialah dari 1MDB. 
Tetapi Putera Abdulaziz Al-Saud inilah yang selama ini mewakili Raja Abdullah bagi menyalurkan dana kepada akaun saya termasuk pada tahun 2011 dan 2012 di mana dana diberi dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi dan Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud. 
Tiada sebab pada masa itu untuk saya ataupun bank-bank penerima menyoal ataupun menyelidik dengan sangat mendalam bagi mengenalpasti sumber wang ini ialah dari mana apatah lagi, wang itu dilampirkan bersama surat dari wakil Raja Abdullah. 
Saya meminta bantuan dari Raja Abdullah, baginda bersetuju dan wakil baginda yang menguruskannya. 
Salinan surat-surat ini turut dilampirkan bersama dana yang dipindahkan ke akaun saya di Ambank yang digunakan khusus untuk tujuan politik bagi tempoh beberapa tahun. 
Sama ada BNM mahupun bank berkenaan tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap dana ini. 
Saya menerima pemberian berjumlah US$681 juta ini dalam dua transaksi pada 21 Mac dan 25 Mac 2013 - iaitu kira-kira sebulan sebelum PRU13 pada 5 Mei 2013. Dana ini semua telah ditukarkan kepada matawang Ringgit apabila diterima dalam akaun saya. 
Selepas PRU13, saya lihat peristiwa 916 tidak akan berulang dan saya membuat keputusan pada bulan Julai untuk memulangkan semua duit yang saya terima ini kerana tidak lagi memerlukannya. 
Maka selepas Ambank menggunakan masa seketika untuk menukarkan Ringgit dalam akaun saya kembali kepada Dolar Amerika Syarikat, kesemua dana ini dikembalikan kepada sumber yang diterima iaitu Tanore. 
Oleh kerana kadar pertukaran wang berbeza dengan penyusutan sebanyak 10% dari bulan Mac sehingga Ogos, hanya US$620 dikembalikan berbanding dengan US$681 yang diterima. 
Kesimpulannya ialah saya tidak simpan RM2.6b ini. Jika seseorang mahu menyamun pun, tidaklah masuk akal untuk menyimpannya dalam akaun bank di atas nama sendiri dan kita tahu ia bukan dari dana 1MDB di mana kita semua tahu dananya ialah dari sumber pinjaman. 
Wang yang dipinjam mesti dibayar balik dan jika mahu mencuri dari sana tentu akan bermasalah bila sampai masa untuk membayar hutang.
Seterusnya bacalah di Face Book Najib Razak

Aku rasa lebih baik Najib diam dari merekacipta cerita-cerita baru tentang 1MDB dan jawab segala tuduhan di Mahkamah.

Rakyat Malaysia bukanlah bodoh seperti yang dia sangka..

4 comments:

Unknown said...

Salam. Kalau mcm tu kau bagi bukti bertulis. Jgn sekadar guna pendapat yg tak semestinya betul.

Whiteeagle Brando said...

Buat kerja menipu ni bukan nya senang.. hari cakap lain...esok cakap lain... lama2 orang tahu juga...! Lepas tu... kita cakap apa pun...orang dah tak percaya...!

Anonymous said...

Cuma melayu b*d*h sj mudah diperbodohkan oleh penipu mcm najib

mahmoud fawzy said...

شركة مكافحة النمل الابيض
شركة مكافحة حشرات
شركة رش مبيدات

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails