Wednesday, September 19, 2018

Inilah Yang Dikata.. Bila Pokok Tumbang, Beruk Pun Bertempiaran Lari



Tentu ramai yang pernah mendengar peribahasa yang menyebut "Bila pokok tumbang, beruk pun bertempiaran lari"..

Maksudnya kalau tak silap aku ialah bila tempat bergantung, tempat mencari makan hilang maka semua yang selama ini bergantung di situ akan bertempiaran meninggalkan tempat itu..



Dalam hal ini UMNO pada ketika ini amat sesuai dijadikan contoh apa yang dimaksudkan dengan peribahasa itu..

Setelah lebih dari 60 tahun menguasai pemerintahan negara, bila mereka kalah dan tumbang pada Pilihanraya yang lalu, berbagai alasan dicipta oleh Pemimpin mereka yang meninggalkan UMNO/BN..

Padahal semua kita tahu sebelum PRU14 mereka tetap kekal mempertahankan UMNO/BN biarpun seluruh dunia mengetahui Skandal 1MDB yang memalukan negara..

Baca laporan ni..

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan antara Ahli Parlimen dari UMNO yang akan meninggalkan parti itu. 
Menurut sumber, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya semalam. 
Astro AWANI masih mendapatkan pengesahan lanjut daripada Hishammuddin berkenaan perkara tersebut. 
Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mengesahkan akan ada beberapa lagi Ahli Parlimen dari UMNO akan meninggalkan parti itu. 
Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan jumlah serta nama Ahli Parlimen UMNO tersebut.

Di bawah ialah senarai wakil rakyat yang mengucapkan selamat tinggal kepada Umno sejak beberapa bulan lalu, pasca PRU14.

Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali 

Wakil rakyat Perak itu keluar Umno pada penghujung Jun, menjadi pemimpin pertama meninggalkan parti itu. Beliau masih kekal bebas, walaupun berkata merancang untuk menyertai parti Dr Mahathir Mohamad, Bersatu. 
Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal 

Juga wakil rakyat Perak, Syed Abu Hussin keluar beberapa hari selepas Noor Azmi iaitu pada awal Julai untuk menjadi ahli Parlimen bebas. 
Katanya, beliau keluar Umno sebagai tanda protes kerana cara ahlinya dilayan pada pemilihan bahagian parti, walaupun memberikan keputusan baik untuk BN di Bukit Gantang pada PRU14. 
Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin 

Bekas timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan itu keluar parti pada Julai selepas pemilihan Umno menyaksikan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi mengambil alih tugas sebagai presiden. 
Kini wakil rakyat bebas, ahli Parlimen Melaka itu berkata beliau kecewa dengan kegagalan Umno memilih 70% wajah baharu untuk mengetuai parti, di mana beliau berharap pemilihan parti akan membawa Umno ke hala tuju yang baharu. 
Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed 

Salah seorang wakil rakyat BN dan menteri yang dihormati, ahli politik Kelantan itu keluar parti semalam, berkata hilang keyakinan terhadap hala tuju parti dan kemampuannya untuk memenangi kembali sokongan rakyat. 
Peletakan jawatannya itu dibuat selepas barisan kepimpinan Umno diketuai oleh presiden Zahid menghadiri Muktamar PAS di Terengganu, hujung minggu lalu di mana kedua-dua parti yang sebelum ini bersaing, kini bercakap tentang kerjasama lebih utuh.
Mustapa berkata beliau percaya Umno patut lebih moderat dan inklusif, tetapi parti itu tidak menuju ke arah itu. 
Ahli Parlimen Kimanis Anifah Aman 

Bekas menteri luar dari Sabah itu hari ini berkata beliau memutuskan untuk keluar Umno beberapa hari lalu. Anifah sudah dua kali mengugut untuk keluar Umno sebelum ini. Beliau dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. 
Tindakan Mustapa dan Anifah untuk keluar parti menyebabkan Umno kini mempunyai 49 wakil rakyat di Dewan Rakyat. Pada PRU14, ia menang 54 kerusi Parlimen. 
Dipetik dari TheMalaysianInsight
Ironinya.. (siapa tulis entahlah..)

Dulu masa kita Pembangkang, lawan kita sebelum 1998 sampai PRU-14 ialah BN...

Bukan sikit masa & tenaga kita curah untuk perjuangan kita mengubah Malaysia kearah yang lebih baik...

Kita nampak semua kepincangan dalam Pentadbiran BN, kita jumpa rakyat dengan kederat yang tehad, kita hasut sikit demi sikit rakyat supaya bukak mata, bukak minda & cekalkan diri untuk buat perubahan...

Time by time satu demi satu musuh kita jadi rakan seperjuangan kita, kekuatan kita bertambah, sokongan rakyat pun bertambah walau dalam beberapa PRK/PRU kita menang atas undi "Simpati" atau undi "Protes".

Yang pastinya, rakyat semakin berani untuk buat perubahan mengajar pemerintah yang gagal membela rakyat & mentadbir Negara/Negeri dengan baik...

Tak sikit jugak rakan2 seperjuangan kita yang tak sempat menikmati kejayaan & kemanisan perjuangan berpuluh tahun bila BN berjaya ditumbangkan dalam PRU-14...

Malam kemenangan, ramai antara kita menitis airmata antara gembira & sedih. Gembira atas kejayaan, sedih kerana tak dapat meraikan kejayan bersama mereka2 yang lebih awal meninggalkan kita...

Aku Positif menerima rakan2 seperjuangan baru yang datang dari serpihan BN & membentuk kekuatan Pakatan Harapan hingga berjaya menumbangkan BN...

Tanpa Prejudis, aku percaya mereka ikhlas dalam perjuangan. Bukan mudah nak meletakkan diri dalam Blok Pembangkang & berhadapan dengan risiko kalah dalam PRU-14 seterusnya jadi sampah politik dalam Pembangkang...

Bagi aku itu pertaruhan masa depan politik yang besar & bukan jadi pilihan mereka2 yang berkepentingan kecuali atas nekad membuat perubahan kepada Negara...

Cerita selepas kemenangan.

Lepas Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Persekutuan, segelintir Pimpinan & Ahli2 Komponen BN yang kini bergelar Pembangkang mula beralih arah "kononnya" sudah sedar kesilapan BN...

Kita "raikan" mereka.

Positifnya aku tak nampak untuk apa diraikan mereka2 ini. Sampai detik akhir PRU-14, mereka2 inilah yang bermati2an mempertahankan kerja2 jahat BN, saat kita menang & mereka kalah dengan "bergaya" pun mereka2 ini masih menghentam kita.

Ini bukan soal dendam. Aku yakin semua dendam dah terpadam sebaik saja kita diisytihar menang. Kita berjuang untuk menang & bukan untuk membalas dendam.

Hari ini, seorang demi seorang OKU melompat dari pohon BN yang telah tumbang kepada pohon PH yang semakin kukuh.

Aku nampak "keghairahan" meraikan bekasan BN yang melompat masuk Pakatan Harapan selepas mereka kalah dalam PRU-14 bakal menghancurkan Pakatan Harapan.

Dalam keadaan Pentadbiran Negara masih belum dibaik-pulih sepenuhnya atau sekurang2 sebahagian darinya, meraikan ex2 BN dengan memberi beberapa keistimewaan adalah satu langkah kebelakang.

Lebih 20 tahun kita berjuang untuk Malaysia baru, lepas menang kita angkut Parasit2 dalam kerajaan yang rosak dulu dengan Harapan mereka akan membantu kita.

Bagi aku Parasit tetap Parast. Sifat Parasit ialah Perosak. Dimana Parasit menumpang, disitulah berlaku kerosakan. Lepas itu Parasit akan mencari tempat baru selepas tumpangannya hancur.

Lepas ni berduyun2 MP2 & ADUN2 Parasit masuk PH. Lepas tu seorang demi seorang pimpinan PH kena terajang sebab terlalu "baik hati". Akhir sekali Parasit2 ini selambe je takeover PH.

Lebih 20 tahun lawan Parasit, akhir sekali serah percuma kemenangan hasil Perjuangan pada Parasit2

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails