Monday, July 23, 2018

Nepali Times Dakwa Syarikat Kroni Pemimpin UMNO Tipu Pekerja Nepal


The Malaysian Insight melaporkan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi adalah antara syarikat Malaysia yang dinamakan dalam sindiket penipuan yang didakwa menipu pekerja Nepal sehingga meraih RM185 juta (Rs5 bilion) sejak lima tahun lalu, lapor portal Nepali Times.

Portal berita dalam talian Nepal itu dalam laporannya bertajuk “Kleptocrats of Kathmandu and Kuala Lumpur” menamakan Bestinet Sdn Bhd bersama-sama beberapa syarikat lain yang menerima sokongan politikus berpengaruh Malaysia sebagai antara pihak yang meraih keuntungan daripada proses baharu pengambilan pekerja asing dilaksanakan Putrajaya.



Selain Bestinet yang didakwa diuruskan ipar Zahid, Amin Abdul Nor, laporan turut menamakan beberapa syarikat di Kathmandu, Malaysia VLN Nepal dan One Stop Centre (OSC) terlibat dalam penipuan pendaftaran pekerja asing negara itu.

Laporan turut mendakwa yang adik Zahid, Abdul Hakim Hamidi dan bekas menteri dalam negeri Azmi Khalid memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Zahid yang merupakan timbalan perdana menteri juga adalah menteri dalam negeri dalam pentadbiran Barisan Nasional sebelum kalah pada pilihan raya umum lalu.

“Semuanya bermula lima tahun lalu ketika (bekas) menteri dalam negeri Ahmad Zahid Hamidi memberikan kontrak kepada syarikat swasta (Ultra Kirana Sdn Bhd) yang menghendaki pekerja Nepal memohon visa kerja menerusi syarikat sekutu di Kathamandu- Malaysia VLN Nepal.

“Agensi mengenakan caj sebanyak Rs3,200 (RM118) untuk setiap pekerja Nepal yang mahu bekerja di Malaysia, dan mengutip Rs 1.95 bilion daripada lebih 600,000 pekerja antara September 2013 dan April 2018,” katanya.

Laporan menyebut yang Bestinet bekerjasama dengan Persekutuan Profesional Kesihatan Nepal (NHPF) bagi menjalankan saringan biometrik dengan caj Rs4,500 (RM167) setiap pekerja Nepal selepas Putrajaya mewajibkan semua pekerja dari negara itu melakukan ujian biometrik pada Julai 2015.

Sedangkan, proses permohonan visa sebelum ini kosnya lebih rendah berbanding kos yang terpaksa dibayar pekerja untuk menggunakan khidmat syarikat swasta bagi memproses visa dan saringan biometrik.

Laporan mendakwa semua peraturan baharu itu dilaksanakan tergesa-gesa, tanpa ketelusan dan tiada perjanjian antara kerajaan Nepal dan Malaysia ditandatangani.

Portal itu menyebut yang Menteri Buruh Nepal Gokarna Bista sedang menjalankan operasi besar-besaran menghapuskan syarikat di Kathamandu yang mengenakan caj melampau kepada pekerja untuk pergi bekerja di negara asing.

Sebelum ini, Bestinet menafikan terlibat dalam sindiket penyeludupan pekerja Bangladesh, berkata ia bukanlah agensi rekrut pekerja dan tidak terlibat dalam proses merekrut pekerja asing di Malaysia atau di negara luar.

Laporan penuh sila baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails