Tuesday, July 3, 2018

Najib Dah Kena Tangkap Akan Didakwa Esok


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 petang tadi.

Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.



Tiga kereta milik SPRM dilihat memasuki perkarangan kediaman Najib dipercayai kira-kira jam 2 petang tadi.

Ketiga-tiga kereta berkenaan termasuk sebuah kereta Proton Inspira berwarna merah dinaiki Najib dilihat keluar dari perkarangan rumah kediaman pada jam 3.07 petang tadi.

Sebelum ini, Najib dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu SRC International.

Beliau tampil memberi keterangan pada 22 Mei lalu di Ibu Pejabat SPRM jam 3.15 petang selepas lebih empat jam memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

Pada 24 Mei lalu, Najib memberi keterangan untuk kali kedua kepada SPRM dan mengambil masa lebih tujuh jam berhubung siasatan kes sama.

Dalam pada itu Harian Metro melaporkan bekas Presiden UMNO yang juga benkas Perdana Menteri itu akan dihadapkan Mahkamah Kuala Lumpur, 8.30 pagi esok.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails