Wednesday, June 27, 2018

RM1.1Billion Nilai Harta Rampasan Dari Rumah Najib..


JUMLAH keseluruhan nilai barangan dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya sudah membuat pengiraan barang yang dirampas sejak 21 Mei hingga 25 Jun lalu.



"Pengiraan dan pemeriksaan mengambil masa lama kerana angka adalah besar. Lapan pasukan khas terdiri daripada pakar dan pegawai terbabit dalam pengiraan dan pemeriksaan membabitkan 150 anggota.

"Sebanyak 25 daripada 72 beg mengandungi barang kemas seperti cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya sebanyak 12,000 barang. Jumlah pasaran barang kemas yang dirampas berharga kira-kira RM880 juta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat dokumen ditemui di premis di Putrajaya dan JSJK masih menyiasat kaitannya dengan 1MDB.

"Kami juga akan memanggil Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam masa terdekat untuk diambil keterangan," katanya lapor myMetro

Sementara itu Malaysiakini telah menyenaraikan harta rampasan itu..

Barangan-barangan rampasan itu seperti berikut:

1- Wang tunai RM116.7 juta
2- 12,000 barang kemas bernilai RM440 juta
3- 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta
4- 423 jam tangan bernilai RM78 juta
5- 234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000

Antara barang kemas yang dirampas..
1- Rantai leher – 1,400 unit
2- Cincin – 2,200 unit
3- Gelang – 2,100 unit
4- Subang – 2,800 unit
5- Kerongsang – 1,600 unit
6- Tiara – 14 unit

Antara 12,000 barangan yang dirampas bulan lalu, paling mahal adalah seutas rantai bernilai RM6.4 juta dedah Malay Mail pula..

Hmmm.. macai-macai UMNO yang selama ini bermati-matian mempertahankan Najib dan Rosmah tentu bangga kan?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails