Tuesday, June 12, 2018

PBB, PRS, PDP, SUPP Umum Keluar BN


Sarawak dan Sabah sebelum PRU-14 sering dilabelkan sebagai sebagai kubu kuat dan 'deposit tetap' BN, selain dilihat sebagai 'kuasa penentu' keputusan pilihan raya.

Amat sukar untuk ditembusi oleh parti-parti politik Pembangkang terutamanya Parti dari Semenanjung.



Jika sebelum ini, BN Sabah menerima tamparan hebat selepas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP), bertindak keluar BN dan menyertai kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN), pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kali ini Barisan Nasional Sarawak pula menerima nasib yang sama..

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu, PBB menang 13 kerusi, SUPP menang satu kerusi, PRS menang tiga kerusi dan PDP menang dua kerusi.

Secara keseluruhannya, BN Sarawak hilang enam kerusi berbanding 25 kerusi dikuasainya pada PRU-13 pada PRU-14 yang lalu..

Hari ini..

PBB, PRS, PDP, SUPP keluar BN 

KUCHING: Empat parti tempatan Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional. 
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak kini membentuk pakatan yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS). 
Penubuhan GPS diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PBB, di Jalan Bako, di sini, sebentar tadi. 
GPS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam hal berkaitan Sarawak.

Bagaimanapun, GPS tidak akan menyertai gabungan bersama Pakatan Harapan dan akan kekal sebagai pembangkang lapor Berita Harian 

BN hanya ada 79 daripada 222 kerusi di Parlimen selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas, dengan 13 daripadanya milik PBB, parti kedua terbesar dalam BN. Abang Johari ialah presiden PBB.

Dalam PRU14, BN Sarawak bertanding semua 31 kerusi persekutuan tetapi hanya menang 19, keputusan yang mengejutkan bagi negeri yang sekian lama dianggap "deposit tetap" BN.

Sekarang 19 yang ada pun dah tak ada.. hancur dah la BN Sarawak..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails