Monday, June 4, 2018

PAS Sendiri Pernah Pilih Tommy Thomas Sebagai Peguam Mereka


Bila depa guna boleh pulak tapi bila pihak lain nak guna.. berbagai alasan yang depa kemukakan, sekular yang tegarlah, akan membantutkan usaha memartabatkan Islam lah..

Seorang pemimpin ulama PAS hari ini berkata Tommy Thomas bukan calon yang sesuai diangkat menjadi peguam negara (AG) kerana memiliki pemikiran sekular yang tegar.



Justeru kata Datuk Dr Khairuddin Aman Razali jika Tommy akhirnya dilantik menjadi AG, langkah itu boleh menjejaskan kedudukan dan peranan Islam yang telah dijamin dalam perlembagaan negara. 

Katanya, ia juga akan membantutkan usaha memartabatkan agenda Islam yang menjadi teras kedaulatan di negara ini.

"Amat mengecewakan sekali apabila kerajaan baru Malaysia hari ini gagal mengemukakan calon yang bebas kontroversi dan tidak berkepentingan untuk mejawat posisi sepenting itu.

"Kelihatannya sikap itu sama sahaja dengan kerajaan sebelum ini yang sering melantik individu bermasalah untuk memegang jawatan-jawatan penting," katanya yang juga bendahari Dewan Ulama Pusat PAS dalam satu kenyataan hari ini yang dilaporkan oleh Malaysiakini di SINI

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yang kalah di Indera Mahkota dalam PRU 14 baru-baru ini berkata “Apakah tidak ada tokoh peguam lain yang lebih berkaliber malah mampu menasihati pemerintah dalam perkara yang memberi kebaikan kepada kedudukan agama dalam negara ini khasnya berkait hubungan agama dengan undang-undang negara,”

Sebenarnya kalau nak tahu walaupun Tommy Thomas ini dianggap sekular, PAS sendiri pernah menggunakan perkhidmatan Peguam yang dikatakan sebagai Sekular Tegar ini..

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Lain-Lain lwn. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof & Lain-Lain [2015] 9 CLJ 749 – Mahkamah Rayuan
- Dalam kes ini, Tommy Thomas yang mewakili parti PAS, DAP dan PKR memfailkan tindakan terhadap ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan konspirasi frod melibatkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU13. 
2. Kerajaan Negeri Kelantan lwn. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) [2014] 7 CLJ 597 – Mahkamah Persekutuan
- Dalam kes ini, Tommy Thomas mewakili Kerajaan Kelantan (dipimpin PAS) untuk menuntut hak berkenaan Perjanjian yang dipanggil "Kelantan Petroleum Agreement" dan "Kelantan Grant" yang dimeterai pada 9 Mei 1975 di antara Kerajaan Negeri Kelantan (Plaintif) dan Petronas (Defendan) 
3. PETRONAS lwn Kerajaan Negeri Terengganu. 2003 4 CLJ 337- Mahkamah Rayuan
- Dalam kes ini Tommy Thomas mewakili Kerajaan Negeri Terengganu di Mahkamah Rayuan untuk membuat tuntutan royalti minyak terhadap PETRONAS.

Pas diberikan ingatan bahawa kedua-dua kerajaan mereka, Kelantan dan Terengganu adalah antara pihak yang mendapat khidmat guaman peguam terkenal Tommy Thomas yang kini dicadangkan menjadi Peguam Negara yang baru.

Sehubungan itu, ahli parlimen Sepang yang juga seorang peguam, Mohamed Hanipa Maidin mengingatkan Pas agar jangan cepat pelupa.

“Jangan jadi cepat pelupa. Dulu parti suci perintah Terengganu bila saman Petronas dan kerajaan isu royalti, dah lupa ke yang kerajaan Terengganu pakai khidmat peguam Tommy Thomas,” kata Hanipa merujuk kepada kerajaan Terengganu 1999 – 2004 yang dipimpin oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Hanipa berkata, beliau mendapat maklumat, bekas ketua hakim negara yang mencadangkan agar Tommy dilantik sebagai peguam negara yang baru.

Sementara itu sumber memaklumkan, Tommy dicadangkan dilantik secara kontrak selama dua tahun sebagai Peguam Negara.

Ini kerana, beliau mahu dibebaskan untuk menjadi peguam semula selepas itu.

Beliau dipilih bagi membolehkan Peguam Negara yang baru boleh mengendalikan kes penyelewengan yang berprofil tinggi termasuk kes 1MDB yang dijangka akan menjadi tumpuan selepas ini.

Isu cadangan beliau sebagai Peguam Negara menimbulkan polimik kerana ia Peguam Negara pertama dari kalangan bukan Melayu.

Hanipa dalam satu kenyataannya berhujjah, isu kaum dan agama patut diketepikan buat masa sekarang kerana kepakaran menjadi keutamaan.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails