Wednesday, June 20, 2018

Kes Altantuya: Nama Musa Safri Bekas Pembantu Najib Timbul..


PENOLONG Kanan Komisioner Musa Safri yang juga bekas pembantu Najib Razak adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan perlu tampil untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, kata Ramkarpal Singh.

Katanya, polis perlu menyiasat peranan Musa.



“Perkara yang penting dalam waran membuka kembali kes adalah Musa yang merupakan saksi penting.

“Polis perlu mengambil kira mengambil pihak pendakwaan tidak memanggilnya (untuk beri keterangan) pada masa dahulu yang merupakan satu kelompongan besar (dalam kes),” katanya kepada media di luar Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Musa tidak berada dalam senarai saksi walaupun merupakan orang tengah antara Abdul Razak Baginda dan Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Ramkarpal menemani ayah Altantuya, Setev Shaariibuu membuat laporan polis untuk membuka kembali siasatan kes bunuh anak perempuannya itu.

Katanya, Musa adalah salah seorang yang disebut dalam laporan dan kenyataan yang diberikan Setev.

Dalam laporan polis dibuat hari ini, Setev berkata yang ketika perbicaraan bukti pendakwaan wujud yang Musa yang mengarahkan Azilah dan Sirul berada di rumah Razak pada malam Altantuya dibunuh.

Setev berkata laporan diberikannya mencadangkan wujud pihak lain yang mengarahkan Azilah dan Sirul membunuh anak perempuannya itu.

“Saya percaya pihak tersebut bersalah. Tambahan lagi kegagalan pendakwaraya untuk mengeluarkan bukti motif pembunuhan anak perempuan saya dengan memanggil Musa (beri keterangan) menimbulkan syak wasangka sama ada terdapat cubaan melindungi pihak tertentu dan saya gesa polis untuk siasat.”

Setev berkata beliau percaya jika Musa, Azilah dan Sirul tidak pergi ke rumah Razak dan mengambil anak perempuannya, Altantuya besar kemungkinan akan terus hidup.

“Kerana itu, Musa adalah saksi penting kerana dia boleh memberikan maklumat tentang siapa yang mengarahkannya membawa Azilah dan Sirul dan tujuan arahan itu.”

Ramkarpal berkata Musa adalah saksi penting kerana menurut pihak pendakwaraya beliau memainkan peranan besar.

“Motif dan bukti perlu dipersembahkan sejak mula lagi.

“Jika orang lain bertanggungjawab untuk pembunuhan itu mereka juga perlu dibawa ke muka pengadilan tidak kisahlah bila jenayah itu dilakukan.”

Altantuya, 28, dipercayai ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan C4 gred tentera di Puncak Alam, Shah Alam pada 2006.

Dua anggota polis, Sirul dan Azilah- yang merupakan bekas pengawal peribadi Najib- disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada 2015.

Dilaporkan yang penghakiman Mahkamah Persekutuan menegaskan yang keterangan Musa tidak membantu pembelaan Azilah dan Sirul.

Dalam penghakiman 88 muka surat itu, Hakim Suriyadi Halim Omar berkata: “Ia (keterangan Musa) hanya berguna untuk Abdul Razak (Baginda). Ia hanya mengesahkan bukti dikeluarkan sepupu dan kawan Altantuya yang dia mempunyai hubungan dengan si mati.” lapor The Malaysian Insight

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails