Thursday, June 7, 2018

Jho Low 'Penjenayah Utama' Kes 1MDB


Pihak berkuasa mempunyai maklumat mencukupi bahawa Low Taek Jho atau Jho Low merupakan antara penjenayah utama menyebabkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi yang terbesar di dunia, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, katanya tindakan tegas mengikut undang-undang harus disegerakan bagi mengheret Jho Low ke muka pengadilan.



“Ada orang tanya kepada saya kenapa tidak tangkap Jho Low kerana sudah dapat maklumat. Saya kata tunggulah sedikit (masa lagi), tetapi ada pihak yang tidak mahu tunggu, mereka harap tindakan tegas boleh kita ambil dalam tempoh bukan hari ini, tetapi 'semalam'.

“Saya tidak menyatakan saya hendak mendahului peraturan dan undang-undang, tetapi dalam kes-kes yang sudah jelas, maka tindakan tegas mengikut undang-undang kanun jenayah atau rasuah perlu diambil seberapa segera,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, skandal rasuah seperti 1MDB yang dilaporkan kepada polis dan agensi penguat kuasa yang lain tidak boleh diketepikan dan tindakan perlu diambil dengan segera.

Justeru, Muhyiddin mahu warga KDN bekerjasama dalam membantu pelbagai pihak termasuk jawatankuasa dan pasukan khas berkaitan 1MDB agar tindakan segera dapat diambil terhadap mana-mana pihak tanpa kira bulu dan warna.. laporan penuh sila baca di SINI

Dalam masa yang sama Malay Mail juga melaporkan sahabat anak tiri Mantan Perdana Menteri, Najib Razak itu juga dicari oleh SPRM bagi membantu siasatan Skandal SRC International.

KUALA LUMPUR, 7 Jun ― Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Jho Low tampil membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil juga diminta membantu siasatan SPRM. 
Low, 37, yang memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 mempunyai alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. 
Bagaimanapun beliau dilaporkan berada di China atau Taiwan, dua negara yang tiada perjanjian ekstradisi dengan Malaysia. 
Nik Faisal Ariff Kamil, 47, yang memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 mempunyai alamat terakhir di: 
No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor. 
SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat dua individu ini agar menghubungi pegawai penyiasat Rosli Husain di talian 03-8870 0529 atau 010 318 7757. 
Orang ramai juga boleh menghubungi emel beliau roslihusain@sprm.gov.my atau pejabat SPRM terdekat, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Laporan penuh sila baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails