Tuesday, June 19, 2018

Idris Nafi Seleweng Dana PTPTN


Adun Ijok, Dr Idris Ahmad menafikan dakwaan terlibat isu penyelewangan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar Kolej Vision Kelana Jaya.

Beliau berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan berniat jahat untuk menjejaskan nama baik serta reputasinya sebagai wakil rakyat dan doktor sakit puan.



"Memandangkan seriusnya dakwaan ini saya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Damansara sekitar jam 7 petang semalam.

"Saya menyerahkan siasatan sepenuhnya mengenai perkara ini kepada pihak polis bagi membersihkan nama saya dan menghentikan perbuatan fitnah ini," katanya.

Beliau yang menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kolej Vision sejak 2005 berkata, kolej ditubuhkan bertujuan membantu masyarakat mendapatkan pendidikan perubatan.

"Hasil semakan dengan pengurusan kolej mengesahkan tidak wujud sebarang masalah atau salah laku berkaitan PTPTN atau dari Kementerian Pendidikan Tinggi sejak dibuka.

"Rekod saya bersih dan bebas rasuah malah saya pernah mengisytiharkan harta sewaktu bertanding bagi Dun Ijok," katanya lapor Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails