Friday, June 8, 2018

Altantuya: Sirul Akan Dihantar Pulang Ke Malaysia?


Australia bersetuju untuk memulangkan Sirul Azhar Umar, dihukum mati atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu, ke Malaysia.

Satu sumber memaklumkan kepada akhbar The Guardian di United Kingdom dua negara itu bersetuju dengan syarat ekstradisi bekas komando polis itu.



Syaratnya termasuklah Malaysia harus menanggung kos penghantaran Sirul, yang dikurung di pusat tahanan imigresen Sydney sejak tiga tahun lalu.

“Dipercayai Sirul akan meninggalkan Australia dalam tempoh sebulan ini,” lapor akhbar itu, yang pernah melaporkan Sirul mendakwa dirinya sekadar “kambing hitam” kes berprofil tinggi itu.

Bekas koperal itu, yang bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK), tidak mahu kembali ke Malaysia jika hukuman diubah kepada penjara seumur hidup.

Pada 19 Mei, Sirul dilapor sedia mendedahkan perkara sebenarnya kes pembunuhan kontroversi itu dengan syarat diberi pengampunan penuh.

Mahkamah Persekutuan menghukum gantung sampai mati Sirul dan bekas cif inspektor Azilah Hadri pada 2015 seperti keputusan asal mahkamah pada 2009.

Namun mereka dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013 sementara menunggu rayuan terakhir. Pada waktu itu, Sirul Azhar terbang ke Australia.

Baca seterusnya di Malay Mail.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails