Tuesday, June 5, 2018

Akhirnya Khairy Akui 1MDB Punca Kejatuhan UMNO


KEJATUHAN Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berpunca daripada parti itu tidak berterus-terang dengan bekas presidennya Najib Razak tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kegagalan pemimpin parti itu dan menteri dalam menuntut penjelasan berhubung skandal kewangan tersebut menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya 9 Mei.



“Kami terlepas satu peluang, kami semua, untuk menyakinkan mengenai hakikat sebenar tentang situasi tersebut,” kata Khairy kepada South China Morning Post.

Bekas perdana menteri Najib disiasat berhubung dakwaan terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat milik kerajaan itu. Najib menafikan sebarang dakwaan salah laku.

Khairy, 42, berkata parti sepatutnya sudah bertindak terhadap Najib apabila beliau memecat menteri yang secara terbuka menentang bekas menteri kewangan itu berhubung skandal 1MDB pada 2015. – 4 Jun, 2018.

Berita penuh di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails