Monday, May 28, 2018

PH Macam Tempe - Zahid Hamidi


Umno mengibaratkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagai tempe kerana tidak konsisten memberikan fakta berkaitan tawaran manifesto mereka.

Pemangku presiden Datuk Seri Zahid Hamidi turut menyelar pendirian PH yang didakwa sentiasa berubah-ubah khususnya melibatkan ekonomi, lapor Umno Online.



“Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh. Siang cakap lain petang cakap lain.

“Macam tempe... pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat,” kata Zahid, naib presiden Umno yang menjalan tugas presiden.

Bekas timbalan perdana menteri itu merujuk beberapa isu antaranya cukai GST, pinjaman PTPTN, isu pinjaman wang asing dan isu hutang negara RM1 trilion.

“Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion,” katanya dalam satu majlis bersama semua ketua penerangan bahagian Umno semalam.

“Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara... Ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara.” lapot MMO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails