Wednesday, May 30, 2018

PDRM Nafi Tarik Semua Pegawai Keselamatan Najib.. Nak Raih Simpati Ke Najib?


Sebelum ini untuk meraih simpati rakyat Mantan Presiden UMNO dan juga Mantan Perdana Menteri Malaysia yang terkenal seantero dunia sebagai Kleptokrat dan juga Skandal 1MDB telah dirakam gambarnya tertidur ketika Polis menggeledah rumahnya.

Kemudiannya bergambar bersama Ibunya pula dipercayai untuk meraih simpati rakyat terbanyak juga.. kali ini Najib dipercayai sekali lagi cuba meraih simpati rakyat dan sambil menipu pula..



Menerusi laman sosialnya semalam, Najib memuat naik kenyataan yang mendakwa kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan, yang ditugaskan kepadanya telah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC, sejak beberapa minggu lepas..

Dari Facebook Najib,

Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana. 
Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp). 
Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan.

Malangnya kenyataan Najib yang mengatakan kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepadanya sudah ditarik balik oleh kerajaan terbukti fitnah semata-mata.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak menarik balik kawalan keselamatan yang diberikan terhadap Najib sebaliknya hanya mengurangkan jumlah anggota yang ditugaskan itu.

Ni laporannya

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan telah menarik balik kesemua pegawai keselamatan kecuali seorang pegawai Aide De Camp (ADC) yang ditugaskan untuk beliau dan keluarganya. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak menarik balik kawalan keselamatan yang diberikan terhadap Najib sebaliknya hanya mengurangkan jumlah anggota yang ditugaskan itu. 
"Setiap bekas perdana menteri mempunyai kelayakan tertentu namun, jumlah anggota yang bertugas tidak sama seperti sebelumnya. Kita hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 
"Bagaimanapun anggota yang bertugas seperti ADC, pemandu serta pengawal peribadi masih ditempatkan bagi mengawal keselamatan beliau dan Datin Seri (Rosmah Mansor)," katanya selepas Majlis Iftar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Warga PDRM dan agensi Kementerian Dalam Negeri di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini ~ BERNAMA
Nak meraih simpati rakyat atau nak fitnah Kerajaan ni Najib?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails