Syed Hamid Pun Terkejut Isa Samad Dilantik Pengerusi SPAD..


TAN Sri Syed Hamid Albar menganggap pelantikan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat mengejutkannya.

DOJ Sekolahkan Rahman Dahlan


Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkata saman sivilnya untuk merampas aset yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana 1MDB adalah termasuk semua butiran yang relevan supaya kepercayaan yang munasabah dapat dibuktikan semasa perbicaraan.

Persatuan Teksi Pun Tolak Isa Samad Sebagai Pengerusi SPAD..


Dua persatuan teksi menggesa kerajaan supaya melantik individu lain bagi menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), demi kebaikan industri itu sendiri.

DOJ Sebut Isteri MO1, Tapi Kenapa Rahman Dahlan Namakan Sebagai Rosmah?


Datuk Abdul Rahman Dahlan mengecam Jabatan Kehakiman (DOJ) AS kerana memberi gambaran seolah-olah isteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam salah laku.

Barisan Nasional Tak Boleh Dikekalkan Sebagai Kerajaan - Tuan Ibrahim


Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan terbaharu untuk mengenakan GST terhadap 60 item baharu walaupun dibatalkan menunjukkan BN sanggup melanggar janjinya untuk tidak mengenakan GST terhadap makanan asas.

Mengapa Najib Beri Ganjaran Kepada Isa Walaupun Gagal Di Felda?


PENYINGKIRAN Isa Samad sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tetapi kemudiannya dipindahkan ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menimbulkan persoalan di kalangan pemimpin pembangkang.

AS Mula Tindakan Rampas Aset Dibeli Guna Dana Dicuri Dari 1MDB


JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memulakan tindakan untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjadikan jumlah yang disalahgunakan kepada AS$4.5 bilion.

Kenapa Apandi Terasa Bila DOJ Sindir Najib?


Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) atas "sindiran" terhadap perdana menteri dalam saman sivil pelucuthakan terbaru yang difailkannya minggu ini.

Benarkah PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Jadi Ketua Pembangkang?


Laporan dari The Malaysian Insight mengatakan.. SELEPAS berminggu dalam keraguan tanpa sebarang keputusan, akhirnya biro politik PKR bersetuju Dr Mahathir Mohamad mengetuai senarai pimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

RM9.5Jjuta: Anwar Fail Saman Tuntut Pembebasan


BEKAS ketua pembangkang Anwar Ibrahim memfailkan saman pemula untuk membatalkan sabitan dan pembebasannya dari penjara berikutan pendedahan bayaran RM9.5 juta Perdana Menteri Najib Razak kepada pendakwa raya Muhammad Shafee Abdullah.

Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas?


Arab Saudi, Mesir dan 2 lagi negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar hari ini menuduh ulama terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai penyokong keganasan, dalam senarai yang menamakan 59 orang sebagai terlibat dengan keganasan.

Ketua Pegawai Eksekutif FGV Minta SPRM Siasat FGV


"Saya syorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)," kata Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad.

Peguam Akui Terima RM325,188 Dari Najib


Peguam Datuk Ghazi Ishak menafikan sebarang pengetahuan bahawa bayaran yang diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011, adalah daripada dana berkaitan SRC International.

Mufti Wilayah Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Kristian..


MUFTI Wilayah Persekutuan dan wakil rasmi beberapa organisasi Islam menepis kekecohan yang dicetuskan beberapa kumpulan agama minggu lalu, dengan menyertai program berbuka puasa bersama pemimpin Kristian, malam tadi.

Di Perkarangan Masjid.. Ku Nan Kutuk Sivarasa..


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkongsi cerita mengenai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pemberian BR1M dan Anggota Parlimen Subang R Sivarasa dalam satu program berbuka puasa di ruang parkir Masjid Jamek Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur.

Kenapa SPR Tolak 8,268 Pengundi Tapi Bawa Masuk 28,416 Pengundi Di Selangor?


PAKATAN Harapan (PH) mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor membawa masuk 28,416 senarai nama pengundi tentera selepas tempoh bantahan Rang Daftar Pemilih (RDPT) bagi suku tahun pertama.

Hutang P Pinang Berkurang Kerana Bantuan Kerajaan Pusat, Kata BN


Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Harapan berjaya mengurangkan hutang negeri kerana bantuan kerajaan persekutuan, kata Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) hari ini.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive