Utusan Akhbar 'Pembungkus Nasi Lemak'?


Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini menyelar sebuah akhbar yang mempersoalkan kewajaran Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.


Bertitah merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pagi ini, baginda juga menyelar pengamal media “cetek akal” yang mempersoalkan kewajaran kuasa raja dalam enakmen itu. Enakmen itu diluluskan dengan 10 pindaan.

“Bagi saya surat khabar seperti ini sudah tiada nilai dan hanya layak dijadikan pembungkus nasi lemak sahaja,” titah baginda yang dibacakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia antara yang mengulas isu itu.

Tokoh pembangkang yang sedang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatnya sebagai serangan terhadap institusi diraja tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Sultan Johor menasihatkan kerajaan negeri berhati-hati membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan desakan orang luar yang tidak mengetahui sejarah serta kaedah pentadbiran negeri itu lapor Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive