Henti Sebar Status Facebook Shukri, Rayu Isterinya Kepada Netizen


Tertekan dengan penyebaran status dan gambar suaminya yang masih hilang, seorang wanita di sini merayu pengguna media sosial agar menghentikan perbuatan berkenaan.


Isteri Mohd Shukri Saad berkata, apa yang dilakukan suaminya bukanlah sesuatu yang diingini maka jasa baik pengguna media sosial amat diharapkan.

“Tolong jangan sebarkan apa-apa lagi status dimuat naik daripada Facebook suami saya termasuk gambar kami dan anak-anak.

“Perbuatan sebegini secara tidak langsung boleh menjatuhkan maruah seluruh keluarga kami.

“Kami sekeluarga amat tertekan dan saya tidak menyangka perkara ini boleh berlaku walaupun pada hakikatnya saya tahu apa masalah yang dihadapi suami,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!

Shukri, 39, dilaporkan terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang pada Selasa dipercayai kecewa atas dakwaannya di mahkamah kerana menyeludup rokok.

Mangsa sebelum kejadian dipercayai memuat naik status di laman Facebook miliknya memohon maaf serta meluahkan rasa kecewa dan takut sekiranya dipenjara atas kesalahan yang dilakukan lapor MMO


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive