Oh! Palsu Rupanya Jemputan Ke Birthday Rosmah Dengan Tema 'Aloha' Tu..


Pembantu Rosmah Mansor menafikan penganjuran sambutan ulang tahun kelahiran isteri perdana menteri yang bertemakan "aloha" di Putrajaya.

"Tiada majlis sedemikian sebagaimana yang telah disebarkan. “Harap maklum," kata Rizal Mansor.

Rizal mengumumkan penafian itu di Facebook beliau hari ini.



Sebaran palsu itu antaranya menyebut sambutan itu akan diadakan pada petang 13 Disember di sebuah dewan di kediaman perdana menteri di Seri Perdana.

Ia antaranya turut meminta pengesahan kehadiran dibuat dahulu selain menyatakan menggunakan tema pakaian gaya Hawaii "aloha" lapor Malaysiakini


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive