Video Calon Ketua Cabang dan penyokongnya maki hamun petugas JPP dalam Pemilihan di Nibong Tebal tersebar!!.. saksikan!


Pemilihan di PKR Nibong Tebal ini sememangnya dijangka akan berlaku kekecohan oleh ramai individu yang bergiat aktif dalam PKR Pulau Pinang dan ianya telah berlaku semalam..

Puncanya hanyalah kerana ada calon yang mahu menang mudah kalau boleh tanpa pertandingan yang belum tentu menjamin kemenanganya..

Sebabnya dalam pemilihan yang lalu juga beliau menerima laluan mudah untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang bilamana 'suara dari satelit' atau 'wahyu' diturunkan kepada pencabarnya supaya menarik diri..

Kerana gagal memujuk calon yang akan menentangnya dalam Pemilihan itu, beliau cuba menggunakan pihak yang lebih atas untuk memujuk penentangnya supaya memberikan dirinya laluan..

Cubaan memujuk menggunakan pihak atasan gagal bilamana calon yang menentang kekal dengan pendirian untuk bertanding.

Oleh itu satu lagi cubaan dilakukan, kali ini menggunakan individu dalam parti yang jauh lebih besar pengaruhnya..

Malangnya 'suara dari satelit' yang menyampaikan 'wahyu' diputuskan tiba-tiba oleh penerima wahyu..

Kata pemutusnya.. "Hang bagitau kat XXXX lepas Pemilihan ni, call semula...." seterusnya hand phone ditutup (off) terus..

KUALA LUMPUR: Proses pemilihan PKR cabang Nibong Tebal bertukar kecoh apabila keputusan pengundian dibatalkan gara-gara terlebih undi. 
Semuanya bermula kira-kira jam 6 petang apabila pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) ingin membuat pengiraan undi di dalam bilik khas, di dewan JKKK Simpang Tiga, Nibong Tebal. 
Bagaimanapun, tindakan itu dibantah anggota parti sehingga mencetuskan perang mulut.
Pertikaian tersebut kemudiannya berlarutan sehingga jam 10 malam apabila keputusan pengiraan diumumkan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tambun, Law Choo Kiang, mendapati senarai daftar pengundi dan jumlah kertas undi yang diperolehi tidak sama. 
Difahamkan, jumlah kertas undi yang diterima adalah 838 berbanding senarai daftar undi sebanyak 671. 
Calon ketua cabang, Datuk Mansor Othman, berang apabila permintaannya supaya JPP membuat pengiraan undi semula ditolak, menyebabkan berlaku rusuhan kecil di dalam dewan. 
Kemarahan Mansor menyebabkan lebih 50 pengikutnya yang berada di dalam dewan bertindak menendang meja dan kerusi serta memaki JPP dan pengikut calon ketua cabang lain. 
Mansor kemudiannya ditenangkan anggota PKR sehingga menyebabkan Law mengambil langkah drastik dengan terus menghubungi pengerusi JPP,Datuk Johari Abdul untuk mengawal keadaan. 
Law yang juga Speaker DUN kemudiannya memaklumkan kepada ketua pengawas keputusan yang diperolehi daripada Johari. 
Sejurus ketua pengawas memaklumkan pembatalan keputusan, dewan berkenaan tiba-tiba terputus bekalan elektrik selama tiga minit sehingga menyebabkan suasana menjadi kacau bilau. 
Bagaimanapun, Law didapati menghilangkan diri selepas bekalan elektrik pulih seperti biasa sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada ahli parti itu. 
Cabang Nibong Tebal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara S Sanjeeviramah, Mansor dan penyandangnya, Maktar Shapee ~ AstroAwani

Berikut adalah videonya...


Nasib baik depa sepak kerusi dan meja.. kalau sepak tong undi samalah perangai depa tu dengan calon UMNO yang kalah masa menentang DS Wan Azizah di Permatang Pauh dulu.. kah..kah..kah...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive